May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU...

Salam buat semua guru di seluruh dunia...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru khususnya guru-guru yang mengajar saya di Phil & James Kindergarten New Zealand, Sek. Keb. Kampung Tunku Petaling Jaya, Sek. Keb. Ara Rendang Pokok Sena, Sek. Men. Keb. Agama Al-Irshad Pulau Pinang, Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang dan tak lupa juga buat semua lecturer di Pusat Asasi UIAM.

Dalam sebuah syair Ahmad Shauqi yang bertajuk 'Al-Muallim', salah satu barisnya ialah 'Kada Muallim Ayyakuna Rasula' yang bermakna kedudukan guru itu ibarat seperti Rasul. Mengapa dikatakan begitu? Kerana tugas Rasul dan guru adalah hampir sama yakni mengajar orang daripada jahil kepada alim, daripada tak tahu kepada tahu. Walaupun perkara ini seakan-akan nampaknya mudah, hakikatnya tidak sama sekali.

Anda ingat mudah nak memberi ilmu kepada orang lain dan membuat orang lain faham akan ilmu yang anda bagi? Anda kena cuba dulu jadi guru, barulah anda boleh beri jawapannya. Sememangnya tidak mudah. Dan adakah terlalu mulia apabila dapat mengajar seseorang? Ya kerana anda telah membuat orang tersebut tahu akan perkara yang anda beri.

Contoh yang mudah, andai kata anda tak tahu solat itu wajib. Kemudian, ada seorang insan pergi kepada anda dan bagitahu bahawa solat itu fardhu dan berdosa jika meninggalkannya. Maka selepas itu, anda akan solat lima kali sehari semalam dan insyaAllah dijauhkan daripada seksaan meninggalkan solat. Bukankah itu telah mengubah hidup anda? Anda bukan sahaja menambah satu rutin dalam kehidupan anda malah menjauhkan diri daripada seksa neraka. Semuanya berlaku kerana ADA SESEORANG MENGAJAR ANDA.

Begitulah mulianya pekerjaan guru dan saya tidak hairan apabila ranking gaji pekerjaan yang kedua ialah pekerjaan guru selepas pekerjaan doktor. Sesungguhnya Islam sendiri memuliakan pekerjaan seperti ini dan kerja ini bukannya mudah seperti yang disangka.


Akhir kalam, muliakan guru anda, hormati mereka dan doakan kesejahteraan mereka.
SELAMAT HARI GURU...wallahua'lam.

May 1, 2010

Tahniah KTM...

Salam semua, lama tak berjumpa...

Baru-baru ini, KTM telah mengambil satu inisiatif yang baik iaitu menyediakan koc wanita sahaja daripada Pelabuhan Klang ke Sentul. Ini sememangnya baik demi mengelakkan berlakunya masalah gangguan seksual dan juga mengelakkan pertembungan antara lelaki dan perempuan semasa koc sesak. Tahniah KTM, semoga banyak lagi inisiatif lain yang diambil demi menjaga maruah agama kita, insyaAllah...


Wallahua'lam...