Dec 12, 2010

Bila Wabak Datang Kepada Kita...

Assalamualaikum semua, salam pertemuan...

Dah lama kita tak bertemu di alam maya ini. Hari ini adalah hari pertama semester kedua ana di UIA. Kali ini ana nak bincang mengenai penyakit wabak seperti H1N1 yang masih ada di negara kita sampailah sekarang.


Agama kita Islam ada beri garis panduan bagaimana kita nak berurusan dengan wabak. Jika kita lihat pada sejarah merujuk surah Al-Baqarah ayat 243, Allah berfirman bahawasanya beribu-ribu orang yahudi keluar dari kawasan tempat tinggal mereka apabila penyakit ta'un yakni satu wabak datang ke kawasan mereka. Mereka ini keluar kerana 'hazaral maut', ingin lari daripada mati.

Namun begitu, Nabi Muhammad saw dah pesan awal2. Nabi bersabda, 'Sesungguhnya penyakit wabak ini, Allah biasakan jadikannya sebagai azab kepada umat sebelum kamu. Kalau kamu tahu ada satu tempat yang ada wabak, jangan kamu masuk tempat itu. Dan kalau tempat kamu sendiri ada wabak dan kamu memang ada dah di tempat kamu, jangan kamu keluar dari tempat kamu itu.'. Ini adalah peraturan yang Islam dah letakkan.

Hikmah kita tak boleh keluar dari negeri kita walaupun ada wabak ialah supaya kita tidak menyebar wabak ini ke tempat yang lain. Namun begitu, orang yahudi tak mahu dengar kata nabi. Maka mereka pun lari dari negeri mereka kerana mereka nak lari daripada mati. Apabila berlaku macam ini, Allah berfirman 'Mutu!', matilah kamu maka Allah hantarkan malaikat dari atas dan bawah dan malaikat itu menjerkah 'Mutu!' maka mati beribu-ribu orang yahudi itu serentak. Bukannya sebab kena wabak, Allah matikan mereka dengan kuasaNya. Subhanallah...

Muslimin muslimat sekalian, kita boleh ambil iktibar daripada kisah ini. Mati ini kuasa Allah swt Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu. Allah bukan sekadar menciptakan alam malah Allah yang menetapkan sistem untuk kita. Maka tunduklah kita kepada aturan yang Allah dah letakkan. Tak semestinya kita mati disebabkan penyakit atau sebagainya, benda yang kita tak expect pun boleh berlaku kematian kepada kita.

Khalid Al-Walid seorang panglima tentera yang sudah memang sebati dengan peperangan. Badannya hampir penuh dengan parut di semua bahagian. Namun akhirnya, Allah tarik nyawa beliau di tempat tidur beliau, bukannya ketika peperangan.

Bermuhasabahlah kita bersama...