Mar 25, 2011

DePalma Hotel: Enhancing Syariah Compliant

Assalamualaikum wmt wbt...

Apa khabar sahabat2 semua? Memang agak lama kita dah tak bersua di alam maya ini. Semester ni agak sibuk berbanding semester lepas. Tak pa la, Alhamdulillah, masih lagi ada peluang untuk kita.

Jumaat yang lepas, ibu dan ayah ana datang melawat ana. Mereka sampai dalam pukul 11 pagi dan bawa ana ke Hotel DePalma Ampang yang kami tak pernah pi. Hotel ni fully owned by PKNS tapi managed by Biztel Sdn Bhd.

Plannya, lepas je check in, ana bersama ayah dan adik2 ana nak cari masjid untuk solat jumaat. Tapi terkejutnya kami bila receptionist hotel tu bagitahu boleh solat jumaat di tingkat 3 hotel tu. So, ana pun pi la tengok tingkat 3, nak tengok macam mana solat jumaat di hotel ni. Rupanya ada surau di situ dan di luar surau, dah terhampar tikar2.




Lepas habis solat jumaat, bila dah nak kemas tempat tu, rupa2nya di bawah tikar yang orang2 duduk tu ada papan dan bawah papan tu ada swimming pool. Haha, memang unik...

Then, ana pun masuk bilik, nak tengok sikit bilik macam mana. Kami duduk di tingkat 6 which is Islamic floor. As I expected, dia punya environment pun Islamik. Atas katil ada hiasan sejadah dll, atas meja ada Al-Qur'an, kurma and kismis pun ada, memang Islamik.





Bila saya baca brochure2 tentang hotel ni, rupa2nya surau yang solat jumaat tadi tu ada full time imam and bilal. So, tiap kali masuk waktu solat, akan terdengar azan di Islamic floor tu. Siapa tak bangun subuh tu tak tau la, haha. Surau dia pun memang kondusif, bacaan imam yang sedap dan mudah merapatkan ukhwah dengan pekerja2 hotel. Subhanallah...