Mar 23, 2010

Puak Solat Hati???

Salam 1 ummah...

Tahukah hampa semua ada satu puak namanya 'puak solat hati'. Puak-puak ini ada di negara kita dan selalunya ada di kawasan kampung. Apakah sebenarnya puak ini? Puak solat hati ini adalah orang-orang yang tidak solat macam kita solat. Depa tidak mengamalkan solat yang ada rukuk, sujud, tahiyat dan sebagainya. Depa percaya setiap masa itu solat dan setiap masa kena ingat Allah sahaja. Tidak ada waktu khusus untuk depa solat, dalam erti kata lain, depa tak solat pun.

Pasal apa depa buat macam tu? Depa ambik satu ayat daripada Al-Quran, "Allazinahum 'an solatihim DAIMUN" yang maknanya adalah "Mereka yang kekal setia dalam solat mereka". Jadi, inilah nas yang depa pegang. Depa faham bahawa solat itu kena sentiasa dan tiada henti dan depa kata tak payah nak rukuk, sujud dan sebagainya sebab tak kan nak buat macam tu setiap masa.

Fahaman ini salah dan sesat. Depa salah tafsir ayat itu tadi. Sebenarnya ayat itu bermakna kita kena jaga solat lima waktu dan kekalkan sifat solat itu dalam diri kita setiap masa. Tapi disebabkan oleh fahaman tok guru mana entah, semua pengikut puak ini dah sesat. Sedangkan nabi ketika hampir nazak, baginda menyuruh sahabatnya papah dia untuk solat seperti biasa.

Para ulama' kata, kalau mengikut hukum syara', pengikut puak ini tidak boleh ditanam di tanah perkuburan orang Islam. Hal ini kerana mereka telah kufur dengan syariat solat yang telah termaktub dalam rukun Islam. Begitulah hinanya sek sek ni. Oleh itu, berjaga-jagalah.

Alahai2, apa nak jadi dengan orang kita ni...ana rasa kita kena buat satu dasar baru iaitu
SATU SOLAT, Solat Lima Waktu Didahulukan, Khusyuk Diutamakan, Fahaman Karut Diketepikan...

Wassalam...

Mar 18, 2010

Nak Minta Halal JAKIM pun susah?

Salam, bertemu kita lagi setelah lama berpisah...

Kali ni, ana nak fokus tentang isu kopitiam dengan halal JAKIM. Perkara ni amat penting sebab kopitiam di Malaysia ni rama pengunjung dan mostly orang Islam. Jadi kena ambil berat...

Sebelum ni, hampir semua kopitiam ada sijil halal cuma depa request daripada syarikat swasta. Depa tak nak minta dekat JAKIM katanya disebabkan prosedur yang sukar. Kopitiam yang minta halal JAKIM sebelum ni hanyalah 2 iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. Dan selepas dikeluarkan arahan untuk semua kopitiam memohon halal JAKIM, hanya satu saja yg ambil cakna iaitu Old Town White Coffee.

Kopitiam yang lain mengambil keputusan tak nak memohon sebab susah. Ada yang kata, kalau nak minta halal JAKIM, tak logik sebab nak kena listkan setiap bahan mentah yang digunakan. Pada pendapat ana, benda itulah yang penting sebab nak confirmkan semua makanan halal dan selamat dimakan. Ini menjadi satu masalah, sepatutnya Malaysia dengan perkara halal ni dah serasi. Bila tengok berita atau akhbar, ada saja isu halal mesti ada Malaysia. Jadi sepatutnya perkara halal ni satu benchmark untuk Malaysia dan tidak patut ada masalah seperti ini di Malaysia. Alahai2...

Oleh itu wahai sahabatku, kalau nak pi mana-mana kedai tu, lu pikirlah sendiri...wassalam.

Feb 20, 2010

AniSupUtara Putrajaya Menyuntik Elemen Islam...

Assalamualaikum...


Minggu lepas, ana bersama dormmate pergi makan malam di sebuah restoran di Putrajaya, itulah Restoran AniSupUtara. Kami pergi pun sebab kedai ni saja yang buka, lalu kami pun masuk kedai tersebut.





Ana begitu kagum dengan restoran ini, begitu mewah dan well organized. Didengarkan dengan lagu-lagu nasyid, diserikan dengan gambar-gambar Islamik dan dilayan dengan nilai murni Islam. Dari luar nampak macam biasa, tapi hakikatnya LUAR BIASA. Inilah kali pertama ana menjejak kaki ke restoran orang Melayu tetapi penuh dengan elemen Islam.


Pada pendapat ana, restoran macam ni perlu ditambah lagi di Malaysia. Barulah orang nampak yang restoran Islam ini kemas, mewah dan teratur, sekaligus mencerminkan imej Islam itu sendiri. Banyak restoran yang kita tengok sekarang terutamanya milik orang Melayu tidaklah seperti yang kita mahukan. Ada tempat yang kotor, layanan tak mesra, service lambat, tak teratur dan lain-lain. Sepatutnya, restoran orang Islam, sistem pun kena ikut nilai Islam. Barulah nampak kecantikan Islam.


Ana cuba makan nasi ayam dan air bandung. Memang sedap dan harga berpatutan. Nasi ayam RM4.00 dan air bandung RM1.70. Agak berbaloi bagi ana. Wajar untuk diberi kepujian untuk restoran seperti ini...Teruskan Usaha!!











Feb 9, 2010

Tips Belajar

Assalamualaikum...

Dah nak final exam ni, teringat pulak nak tulis post ni. Tips ini adalah tips yang saya amalkan, ikutlah kalau anda nak ikut...

1. Tahu ability kepandaian masing2, jangan berlagak pandai dan jangan terlalu merendah diri...

2. Tengok kesesuaian diri sama ada lebih sesuai belajar sendiri atau berkumpulan. Ini juga penting kerana mungkin dengan belajar berkumpulan, anda tak improve apa-apa pun atau mungkin dengan belajar sendiri, anda syok sendiri...

3. Ambil masa anda untuk belajar sorang2 di tempat yang paling senyap dan kondusif. Tempat itu juga mesti dapat mendisiplinkan diri anda untuk istiqamah belajar dan tidak buat benda2 lain contohnya beli air, dengar mp3, chatting dll. Benda2 ini yang menghalang fokus kita untuk belajar dan menyebabkan belajar kita tak berkualiti.

Kalau ana di Penang, ana akan ke perpustakaan USM. Perpustakaan itu memang betul2 kondusif dan senyap. Memang tak boleh nak buat bising, kalau tidak pak guard suruh 'get out'. Masa tu, ana memang tak boleh nak buat apa2 melainkan belajar kerana ana tak boleh nak keluar ke mana-mana seperti kedai sebab teramatlah jauh. Memang kena juga duduk dalam perpustakaan tu dan belajar. Nak tidur pun, takut kantoi dengan pak guard. Jadi, ana pilih tempat ni sebagai tempat ana belajar bila ana balik penang. Ana try cari tempat seperti itu di Nilai tapi tak jumpa. Library UIA pun asyik bising ja malam2...

4. Kalau dah last minute, just baca yang penting2 dan go through keseluruhan. Tapi jangan amalkan selalu...

5. Sujud syukur setiap kali habis exam bagi setiap hari. Contohnya, esok ada exam BI and Econs. Lepas habis Econs, kita boleh sujud syukur dan berdoa, "Ya Allah, terima kasih kerana bagi peluang kepada aku untuk menjawab exam tadi dengan baik,".

Ini hanyalah tips ana yang ana rasa sesuai bagi ana. Bagaimana pula anda? Tepuk dada tengok kebolehan...Wassalam.

Feb 7, 2010

Dah Nak Habis Dah...

Salam pertemuan...

Rupa-rupanya dah nak habis masa aku dengan bumi Nilai ini, dah sampai final exam pun. Rasanya macam daftar UIA minggu lepas, rupanya dah duduk sini hampir setahun. Banyak jugak benda baru yang ana dapat di sini, kawan baru, SUASANA baru, jawatan baru, cara baru dan macam-macam yang baru. Banyak jugak pahit manis di sini.

Namun ada satu benda yang ana kesal dengan diri ana. Ana tidak memanfaatkan sepenuhnya jawatan yang ana ada untuk memberi kebaikan kepada Islam. Bila di akhir-akhir ini, baru ana sedar tidak ada sumbangan apa pun untuk Islam. Ana dapati ana hanya menjalankan program universiti. Baru ana sedar jawatan yang ana ada ini, banyak aktiviti yang boleh dibuat dalam menggerakkan dakwah di bumi Nilai. Alangkah bersalahnya diriku ini...


"Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu yang lemah ini, dahlah dosa banyak, aku tak sumbang apa-apa pun untuk agamaMu, Ya Allah terimalah taubatku."

Jan 28, 2010

Syabas KISAS!!

Ana ingin mengucapkan tahniah kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) kerana berjaya dinobatkan antara 20 sekolah terbaik di Malaysia. Apa yang saya harapkan ialah kejayaan yang KISAS peroleh ini adalah berkat kelangsungan tarbiah di KISAS, bukan semata-mata kecemerlangan akademik atau kokurikulum. Seperti mana hadaf KISAS iaitu "Melahirkan Para Pemimpin yang Bertaqwa dan Berintelektual".

Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar Kau berkati bumi waqafan ini dan peliharalah ia daripada segala kejahatan. Moga-moga kejayaan yang Kau beri ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam. Aku juga mohon agar jangan Kau pesongkan hati kami dan menarik balik nikmat yang Kau beri...Amin...


Jan 18, 2010

Pandanganku tentang PERSAINGAN...

Assalamualaikum...

Ini hanyalah pandangan peribadi saya mengenai persaingan. Kalau ada salah silap, mohon maaf siap-siap. Kalau nak baca, baca sampai habis, takut-takut ada salah faham.


Adakah perlu persaingan? Ya, memang tidak dapat dinafikan. Persaingan diperlukan untuk menambahkan prestasi semasa kita dan mengetahui kayu ukur diri kita.

Namun begitu, apakah persaingan yang sihat? Pada pendapat saya, persaingan yang sihat adalah kita hanya perlu bersaing dalam keadaan yang sembunyi atau rahsia, tidak perlu untuk luahkan. Contohnya, "Aku nak jadikan kau sebagai saingan aku,", persoalannya di sini, perlukah kita luahkan? I think tak payah.

Mengapa? Kerana ini hanya akan menambahkan pressure ke atas orang yang disaingi. Dan dia merasakan seperti diugut dan sentiasa dalam tekanan. Adakah ini persaingan sihat? Tidak bagi saya. Walaupun pesaing itu mendapat lebih daripada orang yang disaingi, bukanlah bermakna pesaing itu sudah menang kerana mungkin orang yang disaingi itu dalam tekanan. Jadi, bagi saya, untuk persaingan yang sihat, tak payah nak luah atau tunjukkan apa-apa, just ambil seorang kawan kita sebagai pesaing, tak payah bagitahu dekat dia, dan bersainglah dengan dia untuk mengetahui kayu ukur diri kita. Biarlah bersaing dalam keadaan fair and just.

Ini hanyalah pandangan peribadi sahaja, mungkin ada salah silap, wassalam...

Jan 6, 2010

Dinner with Abang Pian SAUJANA...

Assalamualaikum...

Ana bersama dengan sahabat ana baru saja bermesyuarat dengan Abang Pian SAUJANA di Restoran Sate Kajang. Kami nak menjemput Abang Pian ke Majlis Penutupan RAFEST. So, Abang Pian ajak kami makan sekali di Sate Kajang, fully sponsored, memang kenyang. Insyaallah, SAUJANA akan buat persembahan pada 10 Jan 2010 di UIA Nilai pukul 9 malam. Mailah ramai2...

Jan 1, 2010

Raudhah Festival UIA 2010

Assalamualaikum, salam pertemuan...

Untuk makluman semua, CFS IIUM PJ dan Nilai akan mengadakan Raudhah Festival (RAFEST). Apa itu RAFEST? Ana boleh gambarkan ia adalah seperti pesta Islam. Ada macam-macam program seperti:
1. Ceramah 'Konspirasi 2012'
2. Ceramah 'Finding True Love'
3. Islamic Medication
4. A Visit to Alam Barzakh
5. Survival
6. Yaumul Usrah
dan lain-lain lagi.

Program ini akan diadakan pada 4 - 10 Januari 2010 bertempat di CFS IIUM PJ dan Nilai. Anda semua dijemput sebab ini program terbuka.

Pada 10 Januari, akan ada closing ceremony for RAFEST dan kami menjemput SAUJANA untuk membuat persembahan. Jadi, pakat2lah mai nah....