Mar 25, 2011

DePalma Hotel: Enhancing Syariah Compliant

Assalamualaikum wmt wbt...

Apa khabar sahabat2 semua? Memang agak lama kita dah tak bersua di alam maya ini. Semester ni agak sibuk berbanding semester lepas. Tak pa la, Alhamdulillah, masih lagi ada peluang untuk kita.

Jumaat yang lepas, ibu dan ayah ana datang melawat ana. Mereka sampai dalam pukul 11 pagi dan bawa ana ke Hotel DePalma Ampang yang kami tak pernah pi. Hotel ni fully owned by PKNS tapi managed by Biztel Sdn Bhd.

Plannya, lepas je check in, ana bersama ayah dan adik2 ana nak cari masjid untuk solat jumaat. Tapi terkejutnya kami bila receptionist hotel tu bagitahu boleh solat jumaat di tingkat 3 hotel tu. So, ana pun pi la tengok tingkat 3, nak tengok macam mana solat jumaat di hotel ni. Rupanya ada surau di situ dan di luar surau, dah terhampar tikar2.




Lepas habis solat jumaat, bila dah nak kemas tempat tu, rupa2nya di bawah tikar yang orang2 duduk tu ada papan dan bawah papan tu ada swimming pool. Haha, memang unik...

Then, ana pun masuk bilik, nak tengok sikit bilik macam mana. Kami duduk di tingkat 6 which is Islamic floor. As I expected, dia punya environment pun Islamik. Atas katil ada hiasan sejadah dll, atas meja ada Al-Qur'an, kurma and kismis pun ada, memang Islamik.





Bila saya baca brochure2 tentang hotel ni, rupa2nya surau yang solat jumaat tadi tu ada full time imam and bilal. So, tiap kali masuk waktu solat, akan terdengar azan di Islamic floor tu. Siapa tak bangun subuh tu tak tau la, haha. Surau dia pun memang kondusif, bacaan imam yang sedap dan mudah merapatkan ukhwah dengan pekerja2 hotel. Subhanallah...

Dec 12, 2010

Bila Wabak Datang Kepada Kita...

Assalamualaikum semua, salam pertemuan...

Dah lama kita tak bertemu di alam maya ini. Hari ini adalah hari pertama semester kedua ana di UIA. Kali ini ana nak bincang mengenai penyakit wabak seperti H1N1 yang masih ada di negara kita sampailah sekarang.


Agama kita Islam ada beri garis panduan bagaimana kita nak berurusan dengan wabak. Jika kita lihat pada sejarah merujuk surah Al-Baqarah ayat 243, Allah berfirman bahawasanya beribu-ribu orang yahudi keluar dari kawasan tempat tinggal mereka apabila penyakit ta'un yakni satu wabak datang ke kawasan mereka. Mereka ini keluar kerana 'hazaral maut', ingin lari daripada mati.

Namun begitu, Nabi Muhammad saw dah pesan awal2. Nabi bersabda, 'Sesungguhnya penyakit wabak ini, Allah biasakan jadikannya sebagai azab kepada umat sebelum kamu. Kalau kamu tahu ada satu tempat yang ada wabak, jangan kamu masuk tempat itu. Dan kalau tempat kamu sendiri ada wabak dan kamu memang ada dah di tempat kamu, jangan kamu keluar dari tempat kamu itu.'. Ini adalah peraturan yang Islam dah letakkan.

Hikmah kita tak boleh keluar dari negeri kita walaupun ada wabak ialah supaya kita tidak menyebar wabak ini ke tempat yang lain. Namun begitu, orang yahudi tak mahu dengar kata nabi. Maka mereka pun lari dari negeri mereka kerana mereka nak lari daripada mati. Apabila berlaku macam ini, Allah berfirman 'Mutu!', matilah kamu maka Allah hantarkan malaikat dari atas dan bawah dan malaikat itu menjerkah 'Mutu!' maka mati beribu-ribu orang yahudi itu serentak. Bukannya sebab kena wabak, Allah matikan mereka dengan kuasaNya. Subhanallah...

Muslimin muslimat sekalian, kita boleh ambil iktibar daripada kisah ini. Mati ini kuasa Allah swt Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu. Allah bukan sekadar menciptakan alam malah Allah yang menetapkan sistem untuk kita. Maka tunduklah kita kepada aturan yang Allah dah letakkan. Tak semestinya kita mati disebabkan penyakit atau sebagainya, benda yang kita tak expect pun boleh berlaku kematian kepada kita.

Khalid Al-Walid seorang panglima tentera yang sudah memang sebati dengan peperangan. Badannya hampir penuh dengan parut di semua bahagian. Namun akhirnya, Allah tarik nyawa beliau di tempat tidur beliau, bukannya ketika peperangan.

Bermuhasabahlah kita bersama...

Oct 27, 2010

Bittaufiq For Final Exam...

Assalamualaikum sahabat2 semua,

Sekarang ni dah musim final exam bagi semua mahasiswa di universiti tempatan khususnya. Jadi, ana doakan semua sahabat dapat buat yang terbaik dan jangan lupa untuk sentiasa berserah kepada Yang Maha Menciptakan semua makhluk. Doakan ana juga supaya dapat buat yang terbaik dan sentiasa termurni niat ini kerana Allah, insyaAllah.


Wallahua'lam.

Sep 22, 2010

Ish3, Sebahagian Pelakon Sekarang...

Assalamualaikum semua, bertemu kita lagi di Syawal yang mulia ini. Kali ini, ana nak membangkitkan isu tentang sebahagian daripada pelakon2 kita di Malaysia, bukan semua, sebahagiannya.

Semalam, semasa makan, ana tertonton sebuah rancangan Melayu moden, di mana pelakon2 wanitanya MasyaAllah. Dah pandai dah pakai baju tak dak lengan sehingga nampak ketiak dan ada juga memakai baju yang tak bertali tu. Walaupun perkara ini dah berlaku lama dah, tapi ana terfikir yang makin menjadi jadi pulak pelakon kita ni.

Zaman ana kecik2 dulu, sama lah jugak tak tutup aurat, tapi paling teruk pun baju ketat lengan pendek. Tapi sekarang...Allahuakbar. Apa nak jadi dengan pelakon kita yang majoritinya Melayu dan juga mengaku ISLAM? Mmm...

Ana teringat kata2 Cikgu Azmi (Presiden TERAS), beliau kata kaum Melayu ini ibaratnya mencerminkan umat Islam itu sendiri sebab pada sejarahnya mustahil sungguh seseorang itu orang Melayu tapi dia tak beragama Islam. Kalau ada orang Melayu yang murtad pun, ia tak menjadi satu isu yang biasa. Sebab itu bila kita tengok masalah orang Melayu, kita akan kaitkan dengan masalah orang ISLAM di Malaysia ini.

Baru2 ni, ada satu iklan raya di TV3 yang diharamkan kerana terkandung perkara2 yang tak sepatutnya ada. Kalau filem yang pelakonnya tak tutup aurat, mengapa tak diharamkan untuk ditayang? Fikirlah sendiri...


Khulasahnya wahai umat akhir zaman sekalian, dunia kini dah terbalik. Perkara mungkar menjadi kehidupan, perkara maaruf diketepikan. Wallahua'lam...

Sep 7, 2010

Improving Halal Certification System in Malaysia

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua...

Ana sebenarnya baru sahaja menonton rancangan 'Bicara Mufti' dan tajuk dia tentang 'Persijilan Halal dalam Makanan'. Dalam rancangan tu, ada seorang ni mencadangkan kepada mufti untuk meletakkan juga sijil 'Non-Halal' kepada produk yang sudah jelasnya haram. Ana tertarik dengan pandangan tersebut.


Sepertimana yang kita tahu, dari dulu lagi, kita semua ada masalah dalam nak menetapkan sesuatu produk halal atau tidak. Ada sesetengah produk yang ada logo halal JAKIM tapi masih timbul macam-macam keraguan tentang kesahihan produk tersebut. Sedangkan Malaysia adalah salah sebuah negara yang menjadi niche area tentang persijilan produk halal.

Oleh sebab itu, satu langkah yang JAKIM perlu buat ialah satu dokumentari yang menerangkan bagaimana JAKIM memberikan sijil halal kepada sesuatu produk. Orang awam patutnya didedahkan dengan perkara ini supaya kefahaman itu ada. Selain itu, JAKIM kena menjelaskan beberapa kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat sekarang tentang sesetengah produk yang ada logo halal tapi masih meragukan.

Satu lagi langkah sepertimana yang dicadangkan oleh saudara dalam rancangan 'Bicara Mufti' tadi ialah membuat satu lagi sijil iaitu persijilan 'Non-Halal'. Ini cuba diaplikasikan daripada hadis, "Innal Halala Bayyinun, Wa Innal Harama Bayyinun, Wa Bainahuma Umurun Musytabihatun, La Ya'lamuhunna Kasirum Minannas...". Apabila dah ada logo 'Non-Halal', memudahkan umat Islam untuk mengklasifikasikan antara produk yang haram dan yang syubhah. Dan apabila ada logo 'Non-Halal', sama sekali haram umat Islam untuk menggunakan produk tersebut. Jadi memudahkan pembelian umat Islam.

Kita boleh tengok sekarang, ada produk yang banyak digunakan oleh orang Islam padahal produk tersebut tak ada pun logo halal. Jadi, timbul persoalan, boleh ke guna produk ini? Kita juga sering mendapat SMS atau emel tentang produk itu dan ini yang mempunyai benda2 yang haram. So, takkan nak biarkan keadaan berterusan seperti ini? Sesungguhnya Islam dah cukup cantik...

Ini sekadar pandangan yang mungkin membantu atau tidak. Apapun, kita mohon kepada Allah swt dizahirkan segala hak dan batil. Amin...

Aug 11, 2010

Moga Ramadhan Kali Ini Bermakna Buat Kita...

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kali ini. Moga Ramadhan kali ini bermakna buat kita dan menjadi satu medan ditambahkan lagi keimanan kepada Allah swt. Beramallah sebanyaknya dan anggap ini Ramadhan terakhir kita. Dalam kita banyak melakukan amalan sunat, jangan lupa kepada yang fardhu.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram...

Aug 3, 2010

How To Become A Good Lecturer? 2

The lecturers should also explain the connection of what they teach and the real life. This is because to ease the students to get the picture of what they learn and also give them benefits in the real life. Moreover, it is OK to make jokes and I also advise to make some jokes but it must be a matured jokes. How? Well, this is very subjective, I do not know how to explain in writing. But, basically what I can tell, other people laugh because of your jokes while you don't.

Besides that, the lecturer should respect the time. When, the class is at 9.00 am for example, they must understand that some students are just coming from other class, they might need a little rest or they might need a time to get prepare with books and stationaries and etc. So, it is advisable to start at 9.05 am or 9.10am. However, this depends on the situation. If the students are already ready before the class starts, then it should be OK to start on time.

One more thing that the lecturers oversee is the time to finish the class. Some might think that if the lecturer is using additional time to finish his lecture, he or she is a good and hardworking lecturer. For me, they are not what as expected. They should manage the time well, plan the syllabus that have to be finished and respect other people's time. Some of the students might have other class or maybe need a time to rest or others. If the class finishes at 10.00am, then 10.00am the students should start going out from the class.


Well, to say it again, this is just my opinion. Whether it works or not, it depends on yourself. Wallaua'lam...

How To Become A Good Lecturer?

This is just my opinion on how to become a good lecturer. A good lecturer is the one who can make the students understand using the right method. The method is very subjective and not fixed.

First of all, the lecturer should know everything about the subject that he will teach. He must also assume questions that the student might ask. So, there should not be a confusion or wrong understanding during the lecture because the students assume that the lecturer is the pioneer of the subject.

Second, if the lecturer is using slides to present, it should be attractive and easy to understand. Sometimes, the slides are too colourful but hard to understand. It is better using a moderate design and easy to catch the points. One more thing, it is advisable to use the projector's remote to make the presentation looks professional. So, the lecturers do not need to go again back to the computer or the laptop to go to the next slide.


Third, how to make the students attracted to the lecture? These are my suggestions. When giving the lecture, make sure your voice is clear to everyone. If the lecturers are using microphone, make sure there is no technical problems as it will disturb the students to pay attention. Your language should be correct and understandable.

Furthermore, when giving the lecture, the explanation should be clear and has flows. This is because to make the students understand, not just get the points and score in exams. For example, to explain about inflation, do not go straight forward that it means the price get higher. The explanation should first start how it happens to inflation, what is inflation is all about, when inflation occurs what happens first and etc. This is what some lecturers lack off, as a result the student can not understand and sometimes do not know what to ask.

Will continue in my next post...

Click here for my next post...

Jul 20, 2010

Tafsir Quran Perkata...hanya RM99!!

Salam semua,

Kali ini ana nak promote satu produk iaitu Tafsir Quran Perkata, terbitan terjemahan setiap kalimah Arab ke Bahasa Melayu PERTAMA DI DUNIA!! Antara kelebihannya ialah:

1. Terjemahan setiap kalimah yang tepat dan ringkas beserta dengan terjemahan penuh di sisi ruangan ayat.

2. Juga dilengkapi dengan Asbabun Nuzul (Sebab Turunnya Ayat) di sisi ruangan ayat.

3. Nota kaki bagi menjelaskan setiap tafsiran.

4. Klasifikasi tajuk khusus yang lengkap dirujuk kepada ayat dan surah.

5. Memudahkan penambahan 'vocab' Bahasa Arab.

6. PERCUMA satu beg Al-Quran.


Anda boleh buat tempahan atau belinya segera. Hubungi ana, Shaheer Shahidan melalui:

No. Tel. : 019-3726390
E-mail : shaheershahidan@gmail.com
Facebook : Shaheer Shahidan