Jun 30, 2009

Biah UIA Nilai

Dah hampir sebulan ana berada di bumi nilai ini. Biah di sini memang totally different dengan biah KISAS dulu. Sekarang ni kena pandai istiqamah dengan amalan-amalan di KISAS dulu, dah tak ada orang yang nak tegur, semua sendiri-sendiri ja. Kena pilih kawan yang betul, bukan bermakna pinggirkan orang lain. Perlu juga berkawan dengan depa supaya senang berdakwah. Kalau bukan kita, sapa lagi.

UIA nilai ni memang lain daripada yang lain. Sini bukannya campus sebab tak ada pagar. Kami tinggal di rumah kedai. Semuanya ada 4 blok. Bawah sekali semuanya kedai, tingkat 1 sampai tingkat 3, semuanya dorm. Satu kemudahan yang amat berkat di sini, Masjid Putra Nilai sebelah ja. Pasal outing, outing??? Kalau nak kata outing, sini tak ada pagar. Kita kata keluar ja la. Memang pasal nak keluar, keluar ja. Tak payah nak tunjuk kat matrik dekat pak guard, tak payah mintak kebenaran fellow, asalkan niat nak keluar, keluar ja la. Tak kisah nak keluar pukul berapa, ke mana dan balik pukul berapa. Itulah freedom yang ada di bumi UIA Nilai.

Ada banyak lagi nak cerita. Nantilah, insyaallah. Wallahua'lam.

Bertemu Kembali!!!

Assalamualaikum semua...

Sorilah sebab lama tak create post baru. Semenjak duk kat uia nilai ni, sibuk pulak. Hari ni baru ada masa nak check internet. Insyaallah ana akan cuba untuk update selalu. Kepada sahabat-sahabat baru, ana ucapkan AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM, syukran kerana join blog ana.