May 19, 2009

Tajuk Baru...

Pelbagai info agama untuk bacaan anda. Lihat di sebelah kanan bawah Undian. Ada tajuk baru iaitu 'Ask Ulama...' dan 'Do You Know???'. Harap dapat manfaatkannya untuk kebaikan bersama di dunia dan akhirat.

May 13, 2009

IMPORTANT MESSAGE TO ALL SAHABAT!!

Assalamualaikum semua sahabat yang mengenal ana, ana harap semua sahabat dapat bagitau kat ana di mana antum sambung study, matrik ka, universiti ka, kolej ka, kisas ka, tolong bagitau. Ada kerja sikit untuk kebaikan antum semua. Tolong bagitau kat mana dan course apa, boleh hantar kat emel ana macheer91@yahoo.co.uk atau just sms 019-3726390. Syukran jazilan. All the best.

May 9, 2009

Jangan Leka Dengan Solat Jumaat

Solat jumaat adalah solat dua rakaat yang ditunaikan pada hari Jumaat pada waktu Zohor selepas dua khutbah. Muslimin diwajibkan hadir untuk solat jumaat. Banyak perkara yang perlu dibincangkan tentang solat jumaat.

Pertamanya tentang KHUTBAH. Dalam rukun solat jumaat kena ada dua khutbah. Sebelum bermulanya khutbah, bilal akan membaca hadis Rasulullah yang bermaksud bahawa sia-sialah pahala Jumaat kamu jika kamu bercakap walaupun 'diam' sekalipun. Ini bermakna khutbah pada hari jumaat ini menuntut semua jemaah supaya mendengar dan menghayati dengan teliti tidak kira khatib membaca teks atau khatib berkhutbah. Tak guna datang solat jumaat tetapi tidak mendengar khutbah hingga nabi kata sia-sia saja pahala jumaat kamu kalau kamu bercakap. Islam ialah agama yang mulia hingga mewajibkan umatnya supaya mendengar majlis ilmu kurang-kurang seminggu sekali.

Keduanya pula ialah KEDATANGAN KITA KE MASJID. Kita digalakkan dengan sesungguhnya untuk datang awal ke masjid terutamanya untuk solat jumaat. Terdapat perbezaan darjat pahala bergantung kepada masa kita datang ke masjid. Contohnya, bagi siapa yang datang awal, pahalanya ibarat korbankan seekor lembu, kemudian kambing dll. hinggalah kepada telur burung puyuh, itupun dah last-last minute. Malaikat akan menunggu di pintu-pintu masjid untuk mencatat nama yang menghadiri solat jumaat. Namun, apabila khatib telah naik ke atas mimbar, para malaikat tadi akan menutup buku kedatangan itu dan mendengar khutbah. Maknanya, nama orang yang datang selepas khatib naik ke atas mimbar tiada dalam senarai, orang putih kata 'not in the list'.

Di akhirat nanti, orang-orang itu tadi akan hairan kerana melihat bahawa dia langsung tidak menghadiri solat jumaat, "Aik, pasai apa aku tak mai solat jumaat langsung ni? Padahai mai selalu, tak pernah miss pun!". Sedangkan orang-orang itu tadi datang lambat ke masjid kerana melakukan perkara yang tiada faedahnya. Melainkan kalau urusan kerja, lainlah. Tapi kalau saja-saja datang lambat, tengok tv, duduk atas kerusi saja dan lain-lain, bukan boleh jadi alasan. Sedangkan bila lagi nak datang ke masjid kalau bukan hari jumaat. Pergi pun bukannya duduk dari Subuh sampai Isyak, waktu Zohor ja, tak sampai 3 jam. Jadi orang-orang macam ini pahala telur apa pun tak dak.

Jadi, harap kita dapat ambil iktibar daripada perbincangan itu tadi. Islam itu sudahpun sempurna cuma kita perlu ikut saja. Wallahua'lam.

May 3, 2009

UIA - Foundation EMS

Alhamdulillah, ana dapat tawaran UIA foundation Economic & Management Science (EMS). Ana kena buat dekat Nilai sebab one of Art Courses. Kalau Science courses kena buat dekat Petaling Jaya. Tapi tak tau lagi nak pergi ka tak, tengah tunggu jawapan JPA dan PETRONAS.

Matrik Belakang Rumah

Ana dapat kolej matrikulasi BELAKANG RUMAH, hahaha, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Course Perakaunan One Year. Tapi rasanya tak pi kot.