Feb 13, 2012

Kelebihan Majlis Ilmu

Assalamualaikum wmt wbt,

Setelah satu semester di bumi Manchester ini, akhirnya ada peluang untuk menulis semula. Fokus kita pada kali ini ialah kelebihan menghadiri majlis ilmu.

Sabda Rasulullah saw, "Man salaka tariqa yabtaghi fihi ilma, sahhalallahu lahu tariqan ilal jannah", siapa yang ambil satu jalan dan jalan itu niat nak cari ilmu, maka Allah taala permudah baginya nak pi ke syurga. Itu satu jaminan nabi kepada siapa yang keluar untuk mencari ilmu. Saya nak tanya muslimin dan muslimat sekalian, sapa yang tak nak pi syurga? Saya pasti tak dak sapa yang berani angkat tangan. Kalau angkat pun, bukan sebab nak jawab soalan ini, sebab menggeliat kot (lawak ja).

Yang seterusnya, nabi bersabda lagi "Wa innal malaikah latadho'u ajnihataha litolibil ilm ridham bima yasna'", dan sesungguhnya (lafaz taukid) para malaikat sesungguhnya mereka melebarkan sayap mereka kepada penuntut ilmu kerana redha dengan perbuatannya. As we all know, para malaikat adalah makhluk yang tak pernah ingkar arahan Allah taala, 24 jam mereka patuh kepada Allah taala. Dan makhluk yang tak pernah putus ketaatan mereka kepada Allah ini, bersama pula dengan penuntut ilmu. Kenapa para malaikat pada ketika itu melebarkan sayap mereka? Sebab mereka redha lagi suka lagi seronok dengan apa yang dibuat oleh si penuntut ilmu. Still tak mau lagikah kita menghadiri majlis ilmu?