Pertamanya tentang KHUTBAH. Dalam rukun solat jumaat kena ada dua khutbah. Sebelum bermulanya khutbah, bilal akan membaca hadis Rasulullah yang bermaksud bahawa sia-sialah pahala Jumaat kamu jika kamu bercakap walaupun 'diam' sekalipun. Ini bermakna khutbah pada hari jumaat ini menuntut semua jemaah supaya mendengar dan menghayati dengan teliti tidak kira khatib membaca teks atau khatib berkhutbah. Tak guna datang solat jumaat tetapi tidak mendengar khutbah hingga nabi kata sia-sia saja pahala jumaat kamu kalau kamu bercakap. Islam ialah agama yang mulia hingga mewajibkan umatnya supaya mendengar majlis ilmu kurang-kurang seminggu sekali.

Di akhirat nanti, orang-orang itu tadi akan hairan kerana melihat bahawa dia langsung tidak menghadiri solat jumaat, "Aik, pasai apa aku tak mai solat jumaat langsung ni? Padahai mai selalu, tak pernah miss pun!". Sedangkan orang-orang itu tadi datang lambat ke masjid kerana melakukan perkara yang tiada faedahnya. Melainkan kalau urusan kerja, lainlah. Tapi kalau saja-saja datang lambat, tengok tv, duduk atas kerusi saja dan lain-lain, bukan boleh jadi alasan. Sedangkan bila lagi nak datang ke masjid kalau bukan hari jumaat. Pergi pun bukannya duduk dari Subuh sampai Isyak, waktu Zohor ja, tak sampai 3 jam. Jadi orang-orang macam ini pahala telur apa pun tak dak.
Jadi, harap kita dapat ambil iktibar daripada perbincangan itu tadi. Islam itu sudahpun sempurna cuma kita perlu ikut saja. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment