Jul 20, 2009

Al-Isra' Wal Mi'raj

27 Rejab merupakan hari yang penuh bersejarah bagi kita umat Islam, hari yang dinamakan AL-ISRA' WAL MI'RAJ. Pelbagai peristiwa ajaib yang berlaku pada hari ini ketika zaman Rasulullah saw. Setelah kematian isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib, baginda berasa amat sedih. Sehinggalah Allah swt Yang Maha Mengasihani mengubati hati baginda yang dukacita itu dengan membawa baginda naik ke langit melihat pelbagai perkara.

Namun apa yang ana nak sentuh kali ini ialah bagaimana penerimaan kaum Quraisy terhadap berita Isra' wal Mi'raj ini. Apabila baginda saw memberitahu bahawa baginda telah diisra'kan oleh Allah swt, kaum Quraisy tidak dapat mempercayainya. Namun, apabila ayat pertama surah Al-Isra' diturunkan, "Subhanallazi Asra Bi'abdihi......ila akhir ayah", kaum Quraisy menjadi runsing kerana kalimah "subhana" itu merujuk kepada Tuhan yang mereka sembah yakni Allah swt.

Kaum Quraisy menyembah Allah swt?? Ya, memang benar mereka menyembah Allah swt. Cuma mereka menjadikan berhala-berhala itu sebagai perantaraan untuk memenuhi hajat mereka.

Jadi, mereka tetap tidak percaya akan berita itu. Lalu, seorang daripada kaum Quraisy berkata lebih kurang macam inilah, "Baiklah, jikalau betul kamu dibawa daripada Mekah ke Masjid Al-Aqso, kami akan bawa seorang lelaki yang sudah 11 kali berulang alik daripada Mekah ke Masjid Al-Aqso dan kami akan suruh lelaki ini bertanya kepada kamu, berapa tiang yang ada dalam Masjid Al-Aqso?".

Baginda sebenarnya tidak tahu langsung tentang bilangan tiang dalam masjid itu kerana bukanlah itu tujuan sebenarnya baginda dibawa ke Masjid Al-Aqso. Maka lelaki yang disebut oleh Quraisy tadi datang berjumpa baginda. Hakikatnya, lelaki ini juga tidak tahu berapa tiang dalam masjid tersebut, namun disebabkan diarah oleh kaum Quraisy, lelaki ini berpura-pura tahu tentang bilangan tiang dalam masjid itu.

Maka ditanya lelaki itu kepada baginda saw, "Berapakah tiang yang ada dalam Masjid Al-Aqso?". Baginda saw sememangnya tidak tahu lalu baginda memohon pertolongan daripada Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui. Selepas itu, dengan kuasa Allah, baginda dipaparkan depan matanya bagaimana Masjid Al-Aqso tetapi kaum Quraisy tidak dapat melihatnya.

Hanya baginda yang dapat melihatnya. Baginda pun mengira 1 hingga 7 dan baginda menjawab, "Ada tujuh tiang,". Mereka yang lain pun terkejut termasuk lelaki yang bertanya tadi. Namun, disebabkan hati yang busuk, mereka tetap tidak mempercayai Rasulullah saw.

Inilah cerita yang betapa busuknya hati manusia. Walaupun ditunjukkan pelbagai bukti, mereka tetap ingkar. Harap dapat muhasabah bersama. Wallahua'lam.

Jul 6, 2009

MID EXAM

Minggu depan ana dah start exam. Jadi, ana minta antum semua doakan kejayaan ana. Moga dipermudahkan segala urusan hamba Allah yang begitu lemah dan hina ini. Ada empat paper, Maths, Statistic, ICT and English. Lepas tu, cuti semester seminggu. Lepas cuti, ada lagi dua paper, Akaun and Basic Themes of Al-Quran. Doakanlah, Insyaallah.