Jan 18, 2010

Pandanganku tentang PERSAINGAN...

Assalamualaikum...

Ini hanyalah pandangan peribadi saya mengenai persaingan. Kalau ada salah silap, mohon maaf siap-siap. Kalau nak baca, baca sampai habis, takut-takut ada salah faham.


Adakah perlu persaingan? Ya, memang tidak dapat dinafikan. Persaingan diperlukan untuk menambahkan prestasi semasa kita dan mengetahui kayu ukur diri kita.

Namun begitu, apakah persaingan yang sihat? Pada pendapat saya, persaingan yang sihat adalah kita hanya perlu bersaing dalam keadaan yang sembunyi atau rahsia, tidak perlu untuk luahkan. Contohnya, "Aku nak jadikan kau sebagai saingan aku,", persoalannya di sini, perlukah kita luahkan? I think tak payah.

Mengapa? Kerana ini hanya akan menambahkan pressure ke atas orang yang disaingi. Dan dia merasakan seperti diugut dan sentiasa dalam tekanan. Adakah ini persaingan sihat? Tidak bagi saya. Walaupun pesaing itu mendapat lebih daripada orang yang disaingi, bukanlah bermakna pesaing itu sudah menang kerana mungkin orang yang disaingi itu dalam tekanan. Jadi, bagi saya, untuk persaingan yang sihat, tak payah nak luah atau tunjukkan apa-apa, just ambil seorang kawan kita sebagai pesaing, tak payah bagitahu dekat dia, dan bersainglah dengan dia untuk mengetahui kayu ukur diri kita. Biarlah bersaing dalam keadaan fair and just.

Ini hanyalah pandangan peribadi sahaja, mungkin ada salah silap, wassalam...

5 comments:

  1. "Walaupun pesaing itu mendapat lebih daripada orang yang disaingi, bukanlah bermakna orang yang disaingi itu sudah menang..."
    xpaham?????????????

    ReplyDelete
  2. mcm ni...ini situasi bila pesaing itu meluahkan yang dia nak bersaing dengan 'seseorang' itu...

    jadi, 'seseorang' yang nak disaingi itu akan tension sebab dicabar dan mungkin affect pencapaian dia. bukan semua orang boleh dicabar dengan sebegitu rupa...

    so, kalau pesaing itu tak meluahkan yang dia nak bersaing, mungkin 'seseorang' itu akan berada dalam keadaan yang biasa2(tidak dicabar)...jadi, mcm ni baru persaingan sebenar...biar dua-dua belah pihak dalam keadaan normal dan bersainglah, baru fair...

    sebab itu, ana kata, walaupun pesaing itu dapat mengatasi 'seseorang' itu, tak semestinya pesaing itu menang sebab 'seseorang' itu tengah tension...

    ini hanya pendapat ana...wassalam...

    ReplyDelete
  3. Yup. Ana rasa ada kesilapan perkataan kot yang enta guna. Cuba tengok balik,

    "Walaupun pesaing itu mendapat lebih daripada orang yang disaingi, bukanlah bermakna orang yang disaingi itu sudah menang..."

    Sepatutnya macam ni kan?

    "Walaupun pesaing itu mendapat lebih daripada orang yang disaingi, bukanlah bermakna pesaing itu sudah menang...."

    Betul tak?

    ReplyDelete
  4. Oh ye...terima kasih kerana perbetulkan, saya akan betulkannya, thanks again...

    Nak tanya, ini sapa ye?

    ReplyDelete
  5. salam..pada sister yang komen ni..
    Enti ni kan..pekabtol lah..
    hebat2..
    -ni kawan kpada shaheer-

    ReplyDelete