Salam pertemuan...
Rupa-rupanya dah nak habis masa aku dengan bumi Nilai ini, dah sampai final exam pun. Rasanya macam daftar UIA minggu lepas, rupanya dah duduk sini hampir setahun. Banyak jugak benda baru yang ana dapat di sini, kawan baru, SUASANA baru, jawatan baru, cara baru dan macam-macam yang baru. Banyak jugak pahit manis di sini.
Namun ada satu benda yang ana kesal dengan diri ana. Ana tidak memanfaatkan sepenuhnya jawatan yang ana ada untuk memberi kebaikan kepada Islam. Bila di akhir-akhir ini, baru ana sedar tidak ada sumbangan apa pun untuk Islam. Ana dapati ana hanya menjalankan program universiti. Baru ana sedar jawatan yang ana ada ini, banyak aktiviti yang boleh dibuat dalam menggerakkan dakwah di bumi Nilai. Alangkah bersalahnya diriku ini...
"Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu yang lemah ini, dahlah dosa banyak, aku tak sumbang apa-apa pun untuk agamaMu, Ya Allah terimalah taubatku."
Feb 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhmdulillh..tapi, sbenarnya sudah ada terselit bakti2 untuk islam melalui program2 yng dijlnkn.., kita sbg hmbaNYA, perlu sentiasa bersyukur dan bermuhasabah... i.Allah..
ReplyDeleteana hanya saling mengingati sesama kita.. kalau tersilap..hrp dmaafkan.
shukran atas peringatan, ini sapa ye?
ReplyDelete