Salam ukhwah...
Kali ini, ana nak bincangkan mengenai suasana program yang patut ada pada program Islam. Sebelum itu, ana ingin tanya anda semua...cuba bandingkan rancangan2 realiti di barat seperti 'Oprah Show', 'Martha Stewart', 'Rachael Ray' dengan rancangan2 realiti di Malaysia seperti 'MHI', 'Selamat Pagi Malaysia' dan 'Hello on Two'. Pasti ada bezanya kan? Kalau ana, ana akan kata rancangan realiti di barat itu lagi profesional. Sebenarnya apa yang ana nak cuba highlightkan adalah suasana rancangan tersebut.
Cuba kita kaji bagaimana orang ramai boleh tarik dengan rancangan mereka:
1. Lihat keadaan studio mereka. Simple sahaja tapi kemas dan profesional dan tiada hiasan lebih2.
2. Lihat penyampaian mereka. Begitu straight forward, tak berbunga2 sangat dan mudah difahami dengan cepat.
3. Tengok bagaimana mereka menjawab soalan yang diberi. Jawapan yang diberi amat relevan serta terperinci.
4. Info2 menarik yang memang menarik perhatian seperti pengetahuan tentang haiwan, teknologi dan sebagainya.
Bukannya ana nak memuji orang2 barat. Tapi, cuba kita lihat, ini semua patutnya menjadi milik orang Islam. Islam itu agama yang sempurna. Jadi, mengapa kita tidak memperlihatkan kesempurnaan Islam salah satunya melalui rancangan yang kita tayangkan?
Kita boleh implement perkara ini dalam program2 Islam yang dianjurkan seperti forum perdana, konsert nasyid, ceramah dan sebagainya. Bagi nampak program itu seolah-olah sempurna dan profesional 100% supaya menarik orang yang bukan sahaja yang alim2, tapi juga orang2 lain.
Apr 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment