May 3, 2013

Jom Turun Mengundi!!


Taken from Berita Harian 22/4/2013:

"Pada Pilihan Raya Umum 2008, hanya 76 peratus daripada 10.7 juta pengundi di negara ini turun mengundi. Peratusan undian tertinggi ialah Terengganu sebanyak 85 peratus.

Hanya lima negeri, termasuk Wilayah Persekutuan mencatat peratus undian lebih daripada 80 peratus. Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak mencatat kurang daripada 70 peratus. Sarawak berada di tempat tercorot sebanyak 65.1 peratus walaupun mempunyai pengundi keenam terbanyak, iaitu 533,155.

Adakah peratus mengundi pada PRU-13 nanti meningkat atau merosot? Apakah yang menyebabkan peratusan meningkat atau merosot? Peratusan mengundi dalam PRU Parlimen Sarawak memperlihatkan trend merosot kecuali pada 1995 meskipun jumlah pengundi meningkat dari tahun ke tahun.

Jumlah pengundi di Sarawak pada 1969 adalah 332,737. Jumlah itu mengukuh menjadi 385,345 pada 1978 sebelum meningkat kepada 556,995 pada 1986. Pada 1999, jumlah pengundi berdaftar ialah 854,912. Peningkatan ketara adalah antara 1982 dengan 1986. Wujud pertambahan sebanyak 144,837 pengundi.

Peratusan terbaik adalah pada 1969 dengan 79.60 peratus turun mengundi ketika rakyat ghairah dan teruja untuk mengundi dengan sebahagian besar penduduk masih tinggal di luar bandar. Jumlah itu mulai merosot pada PRU 1974 hinggalah 1990. Pada 1974, peratusan yang turun mengundi ialah 75.10 peratus dan terus merosot kepada sekitar 67 peratus pada 1990. Namun, peratusan mengundi meningkat kepada 70.15 peratus pada 1995, sebelum turun kembali menjadi 62.4 pada 1999"

http://www.malaysia-today.net/component/content/article/58-video/56440-message-from-manchester

No comments:

Post a Comment