Dalam sebuah hadis akhir zaman, para sahabat minta Rasulullah saw berikan pesanan. Inilah antara pesanan baginda:
1. Rasulullah berwasiat supaya BERTAQWA kepada Allah swt. Apa itu taqwa? Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Namun begitu, kita sebagai orang biasa ini, dalam segala suruhan yang kita buat ada kecacatan dan segala cegahan yang kita perlu jauhkan kadang kala ada yang terbuat, jadi kalau dah terbuat maka bertaubat. Sebab kalau memang buat semua apa yang Allah suruh dan memang tinggal semua apa yang Allah larang, dah sampai tahap rasul dan nabi. Jadi kita yang manusia biasa ini, wajib bagi kita sekadar junjung perintah Allah.
2. IKUTlah kata perintah walaupun daripada seorang hamba selagi mana dia berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun dia tak ada Master atau PHD, dia bukan sekolah SBP setakat pondok ja, tapi kalau dia ikut Al-Quran dan As-Sunnah, maka ikutlah dia. Sebab Rasulullah saw bersabda bahawa dua perkara yang aku tinggal dan kamu TAK AKAN sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
3. AMALkan sunnah Rasulullah saw dan para sahabat yang mengikut jalan yang benar seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali.
4. JANGAN amalkan bid'ah dholalah yakni perkara baharu yang diadakan tanpa dalil.
Wallahua'lam...
Oct 12, 2009
Oct 11, 2009
Sebuah Hadis Akhir Zaman...
Assalamualaikum...lama kita tak bersua. Insyaallah, ana nak huraikan sebuah hadis akhir zaman.
Ada sebuah hadis yang antara isinya, Rasulullah saw berdoa kepada Allah agar janganlah baginda dan para sahabat disempatkan dengan satu zaman di mana pada zaman itu orang tidak mahu mengikut orang alim dan orang baik tidak lagi disegani. Mengikut ulama, zaman yang disebut dalam hadis tersebut ialah ZAMAN YANG KITA BERADA SEKARANG.
La syakka wa la raiba, memang zaman kita ini ramai orang yang tidak mahu ikut orang alim dan orang baik sudah tidak lagi dihormati. Walaubagaimanapun, andai kata Rasulullah saw disempatkan pada zaman kita, baginda tidaklah akan berbuat dosa macam kita kerana baginda seorang yang ma'sum yakni tidak pernah melakukan dosa. Cuma nak dikatakan di sini bahawa betapa teruknya zaman kita ini sehingga Rasulullah pun minta jauh daripada berada di zaman kita.
Kenapa Rasulullah tak mahu? Mana tak mahunya, zaman kita ini orang alim pun orang tak mahu ikut dan orang baik pun orang dah tak pandang. Walaupun ada juga orang yang pergi mengaji agama dan mengikut orang baik, namun tidaklah ramai. Kaedah di sini, 'Al-Qalil kal A'dami', sedikit itu ibarat tiada. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang tidak mahu ikut malah menentang alim ulama', teramat ramailah sangat. Kalau orang datang masjid dengar kuliah lebih kurang 200 orang, Stadium Bukit Jalil boleh dibanjiri 80 ribu orang, Allahurabbi.
Akhir kata, fikirlah sendiri, kita nak duk dalam golongan mana. Allah ta'ala yang Maha Pemurah beri kita kebebasan untuk memilih (Freedom of Choice) sama ada nak pilih jalan Islam atau jalan bukan Islam. Namun begitu, Allah dah peringat awal2, hanya jalan Islam yang diredhai dan Allah akan mengazab mereka yang memilih jalan yang sebaliknya. Fikirkanlah...wallaua'lam.
Oct 6, 2009
Bittaufiq Wan Najah...
Kepada sahabat2 yang dah nak pergi overseas, ana mengucapkan selamat berjaya dan selamat berjuang di tempat orang lain. Di kesempatan ini, ana juga nak minta maaf atas segala kesilapan yang ana lakukan dan terima kasih atas segala nasihat, tunjuk ajar dll yang diberikan. Moga berjumpa lagi di lain waktu.
Cuma di sini, ana nak minta antum tolong doakan ana agar dapat menjejakkan kaki di bumi UK satu hari nanti. Ana teringin sangat nak menuntut ilmu di situ. Doakan ye...Salam perpisahan.
Cuma di sini, ana nak minta antum tolong doakan ana agar dapat menjejakkan kaki di bumi UK satu hari nanti. Ana teringin sangat nak menuntut ilmu di situ. Doakan ye...Salam perpisahan.
Oct 5, 2009
Salam Ta'aruf...
Salam ta'aruf kepada sahabat2 baru, moga dapat manfaat daripada blog ana yang tidak seberapa ni. Pada pendapat ana, apa yang penting untuk blog adalah ILMU, oleh itu berkejarlah mencarinya...
Subscribe to:
Posts (Atom)