Assalamualaikum...lama kita tak bersua. Insyaallah, ana nak huraikan sebuah hadis akhir zaman.
Ada sebuah hadis yang antara isinya, Rasulullah saw berdoa kepada Allah agar janganlah baginda dan para sahabat disempatkan dengan satu zaman di mana pada zaman itu orang tidak mahu mengikut orang alim dan orang baik tidak lagi disegani. Mengikut ulama, zaman yang disebut dalam hadis tersebut ialah ZAMAN YANG KITA BERADA SEKARANG.
La syakka wa la raiba, memang zaman kita ini ramai orang yang tidak mahu ikut orang alim dan orang baik sudah tidak lagi dihormati. Walaubagaimanapun, andai kata Rasulullah saw disempatkan pada zaman kita, baginda tidaklah akan berbuat dosa macam kita kerana baginda seorang yang ma'sum yakni tidak pernah melakukan dosa. Cuma nak dikatakan di sini bahawa betapa teruknya zaman kita ini sehingga Rasulullah pun minta jauh daripada berada di zaman kita.
Kenapa Rasulullah tak mahu? Mana tak mahunya, zaman kita ini orang alim pun orang tak mahu ikut dan orang baik pun orang dah tak pandang. Walaupun ada juga orang yang pergi mengaji agama dan mengikut orang baik, namun tidaklah ramai. Kaedah di sini, 'Al-Qalil kal A'dami', sedikit itu ibarat tiada. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang tidak mahu ikut malah menentang alim ulama', teramat ramailah sangat. Kalau orang datang masjid dengar kuliah lebih kurang 200 orang, Stadium Bukit Jalil boleh dibanjiri 80 ribu orang, Allahurabbi.
Akhir kata, fikirlah sendiri, kita nak duk dalam golongan mana. Allah ta'ala yang Maha Pemurah beri kita kebebasan untuk memilih (Freedom of Choice) sama ada nak pilih jalan Islam atau jalan bukan Islam. Namun begitu, Allah dah peringat awal2, hanya jalan Islam yang diredhai dan Allah akan mengazab mereka yang memilih jalan yang sebaliknya. Fikirkanlah...wallaua'lam.
No comments:
Post a Comment