Dalam sebuah hadis akhir zaman, para sahabat minta Rasulullah saw berikan pesanan. Inilah antara pesanan baginda:
1. Rasulullah berwasiat supaya BERTAQWA kepada Allah swt. Apa itu taqwa? Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Namun begitu, kita sebagai orang biasa ini, dalam segala suruhan yang kita buat ada kecacatan dan segala cegahan yang kita perlu jauhkan kadang kala ada yang terbuat, jadi kalau dah terbuat maka bertaubat. Sebab kalau memang buat semua apa yang Allah suruh dan memang tinggal semua apa yang Allah larang, dah sampai tahap rasul dan nabi. Jadi kita yang manusia biasa ini, wajib bagi kita sekadar junjung perintah Allah.
2. IKUTlah kata perintah walaupun daripada seorang hamba selagi mana dia berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun dia tak ada Master atau PHD, dia bukan sekolah SBP setakat pondok ja, tapi kalau dia ikut Al-Quran dan As-Sunnah, maka ikutlah dia. Sebab Rasulullah saw bersabda bahawa dua perkara yang aku tinggal dan kamu TAK AKAN sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
3. AMALkan sunnah Rasulullah saw dan para sahabat yang mengikut jalan yang benar seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali.
4. JANGAN amalkan bid'ah dholalah yakni perkara baharu yang diadakan tanpa dalil.
Wallahua'lam...
Oct 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment