Mar 23, 2010

Puak Solat Hati???

Salam 1 ummah...

Tahukah hampa semua ada satu puak namanya 'puak solat hati'. Puak-puak ini ada di negara kita dan selalunya ada di kawasan kampung. Apakah sebenarnya puak ini? Puak solat hati ini adalah orang-orang yang tidak solat macam kita solat. Depa tidak mengamalkan solat yang ada rukuk, sujud, tahiyat dan sebagainya. Depa percaya setiap masa itu solat dan setiap masa kena ingat Allah sahaja. Tidak ada waktu khusus untuk depa solat, dalam erti kata lain, depa tak solat pun.

Pasal apa depa buat macam tu? Depa ambik satu ayat daripada Al-Quran, "Allazinahum 'an solatihim DAIMUN" yang maknanya adalah "Mereka yang kekal setia dalam solat mereka". Jadi, inilah nas yang depa pegang. Depa faham bahawa solat itu kena sentiasa dan tiada henti dan depa kata tak payah nak rukuk, sujud dan sebagainya sebab tak kan nak buat macam tu setiap masa.

Fahaman ini salah dan sesat. Depa salah tafsir ayat itu tadi. Sebenarnya ayat itu bermakna kita kena jaga solat lima waktu dan kekalkan sifat solat itu dalam diri kita setiap masa. Tapi disebabkan oleh fahaman tok guru mana entah, semua pengikut puak ini dah sesat. Sedangkan nabi ketika hampir nazak, baginda menyuruh sahabatnya papah dia untuk solat seperti biasa.

Para ulama' kata, kalau mengikut hukum syara', pengikut puak ini tidak boleh ditanam di tanah perkuburan orang Islam. Hal ini kerana mereka telah kufur dengan syariat solat yang telah termaktub dalam rukun Islam. Begitulah hinanya sek sek ni. Oleh itu, berjaga-jagalah.

Alahai2, apa nak jadi dengan orang kita ni...ana rasa kita kena buat satu dasar baru iaitu
SATU SOLAT, Solat Lima Waktu Didahulukan, Khusyuk Diutamakan, Fahaman Karut Diketepikan...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment