Mar 28, 2010

Rempit..Hantu..Cinta...Tak Dak Modal Lain Ka??

Salam ukhwah,

Perasan atau tidak, rancangan TV yang sering ditayangkan sekarang ini asyik2 cerita rempit, hantu dan cinta. Mengapa kebanyakan filem macam ini yang dikeluarkan? Adakah industri perfileman ada modal ini saja ka?

Memang tak dapat dinafikan masyarakat dunia especially remaja suka sangat filem macam ini. Tapi kena sedar jugak filem macam ini tak bagi banyak benefit pun. Banyak lagi pengajaran penting yang perlu didedahkan kepada masyarakat. Plot cerita semuanya pun hampir sama.

Kita sebagai sebuah negara yang beragama rasmikan Islam, mengapa tidak kita sedarkan umat Islam yang semakin dilanda bencana maksiat dengan filem-filem agama? Industri perfileman sememangnya memainkan peranan penting dan mempunyai banyak advantage yang mereka ada untuk menyedarkan masyarakat. Filem-filem seperti 'Syukur 21' sepatutnya yang banyak dikeluarkan.

Janganlah terlalu memikirkan keuntungan ataupun ingin meletup sahaja. Fikirkan peranan sebenar industri perfileman. Oleh itu, fikirkanlah bersama...Wassalam.

No comments:

Post a Comment