Apr 9, 2010

Wanita Muslimah Tak Guna...

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya sehingga terbayang kulitnya.


2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya supaya menarik perhatian.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak melampau-lampau.


4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.


5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.


6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang TIDAK GUNA tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup.


7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.


8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja.


9. Perempuan Islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang kerana akan menampakkan juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.


10. JADILAH MUSLIMAH YANG BERGUNA…

3 comments:

  1. salam..
    muslimah memang ibarat tulang yg rapuh..
    jd,lelaki sbg kepala yg memimpin patut menegur tok mengelakkn muslimah2 ini jd x brguna..
    especially bg lelaki yg brgelar suami..
    x patut tok jd seorang dayus tok membiarkn sorg istri mlangggar syariat..hopefully nta bkn trgolong dlm golongan sbgini..amin..


    n nk minx pendapat..apa pendapat nta ttg para ustazah yg skrg bergiat d kaca tv...xkesa la sape2..yg bg ana pakaian mereka hanya mencukupkn syarat..ada plak yg memg xckp syarat.x cukup ke ilmu agama yg mereka pelajari slame ni??

    ReplyDelete
  2. Bagi ana, ini ada masalah dgn kefahaman agama dan juga dorongan nafsu...

    Sekarang ni, memang kita nampak ramai yg boleh berceramah tapi sayang sekali perkara yg asas kurang dijaga. Walaupun ilmu depa banyak, depa terlepas pandang perkara asas yang sepatutnya tak berlaku.

    Kedua, disebabkan dorongan nafsu yang kadang2 ingin menunjukkan kecantikan juga menjadi masalah. Sememangnya Islam tidak mengharamkan persolekan tetapi ikutlah batasannya. Ini sehinggakan para penonton bukan tertarik akan ilmunya tetapi tertarik dgn penampilan penceramah. Ini bahaya.

    Jadi, kesimpulannya, nak berdakwah bukannya mudah. Hati perlulah ikhlas kerana Allah semata-mata, tidak boleh ada kepentingan duniawi sedikit pun. Oleh itu, ambillah iktibar, moga kita digolongkan dalam orang2 yg ikhlas.

    Harap menjawab persoalan...wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. ana pon s'pndpt ngn nta
    bg ana mgkin mreka rasakn ilmu agama sudah cukup tuk menampung segalany..mgkin mreka fikir..x apa..sbb mreka ada ilmu untuk mnjwb smula dgn brpandukn mana2 hadith o sbgnya..na'uzubillah..

    walhal org yg lbeh rndh kdudukn agamanya..apabila
    sudah dpt sdkit ilmu..akn mghargai n mnjaga sbek2 nya..mreka mgkin lbey mulia drpd kta yg sudah ada ilmu agama yg byk isyaAllah..

    rasanya 2 la yg akan trjadi
    kalau2 diri da dkuasai duniawi..
    ana brkata ni sbg peringatan buat dri sndiri jga..doakan moga dri kita istiqamah fillah..
    wallahua'lam..

    ReplyDelete