Assalamualaikum semua, bertemu kita lagi di Syawal yang mulia ini. Kali ini, ana nak membangkitkan isu tentang sebahagian daripada pelakon2 kita di Malaysia, bukan semua, sebahagiannya.
Semalam, semasa makan, ana tertonton sebuah rancangan Melayu moden, di mana pelakon2 wanitanya MasyaAllah. Dah pandai dah pakai baju tak dak lengan sehingga nampak ketiak dan ada juga memakai baju yang tak bertali tu. Walaupun perkara ini dah berlaku lama dah, tapi ana terfikir yang makin menjadi jadi pulak pelakon kita ni.
Zaman ana kecik2 dulu, sama lah jugak tak tutup aurat, tapi paling teruk pun baju ketat lengan pendek. Tapi sekarang...Allahuakbar. Apa nak jadi dengan pelakon kita yang majoritinya Melayu dan juga mengaku ISLAM? Mmm...
Ana teringat kata2 Cikgu Azmi (Presiden TERAS), beliau kata kaum Melayu ini ibaratnya mencerminkan umat Islam itu sendiri sebab pada sejarahnya mustahil sungguh seseorang itu orang Melayu tapi dia tak beragama Islam. Kalau ada orang Melayu yang murtad pun, ia tak menjadi satu isu yang biasa. Sebab itu bila kita tengok masalah orang Melayu, kita akan kaitkan dengan masalah orang ISLAM di Malaysia ini.
Baru2 ni, ada satu iklan raya di TV3 yang diharamkan kerana terkandung perkara2 yang tak sepatutnya ada. Kalau filem yang pelakonnya tak tutup aurat, mengapa tak diharamkan untuk ditayang? Fikirlah sendiri...
Khulasahnya wahai umat akhir zaman sekalian, dunia kini dah terbalik. Perkara mungkar menjadi kehidupan, perkara maaruf diketepikan. Wallahua'lam...
Sep 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Baru2 ni, ada satu iklan raya di TV3 yang diharamkan kerana terkandung perkara2 yang tak sepatutnya ada. Kalau filem yang pelakonnya tak tutup aurat, mengapa tak diharamkan untuk ditayang?"
ReplyDeletesetuju!