Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua...
Ana sebenarnya baru sahaja menonton rancangan 'Bicara Mufti' dan tajuk dia tentang 'Persijilan Halal dalam Makanan'. Dalam rancangan tu, ada seorang ni mencadangkan kepada mufti untuk meletakkan juga sijil 'Non-Halal' kepada produk yang sudah jelasnya haram. Ana tertarik dengan pandangan tersebut.
Sepertimana yang kita tahu, dari dulu lagi, kita semua ada masalah dalam nak menetapkan sesuatu produk halal atau tidak. Ada sesetengah produk yang ada logo halal JAKIM tapi masih timbul macam-macam keraguan tentang kesahihan produk tersebut. Sedangkan Malaysia adalah salah sebuah negara yang menjadi niche area tentang persijilan produk halal.
Oleh sebab itu, satu langkah yang JAKIM perlu buat ialah satu dokumentari yang menerangkan bagaimana JAKIM memberikan sijil halal kepada sesuatu produk. Orang awam patutnya didedahkan dengan perkara ini supaya kefahaman itu ada. Selain itu, JAKIM kena menjelaskan beberapa kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat sekarang tentang sesetengah produk yang ada logo halal tapi masih meragukan.
Satu lagi langkah sepertimana yang dicadangkan oleh saudara dalam rancangan 'Bicara Mufti' tadi ialah membuat satu lagi sijil iaitu persijilan 'Non-Halal'. Ini cuba diaplikasikan daripada hadis, "Innal Halala Bayyinun, Wa Innal Harama Bayyinun, Wa Bainahuma Umurun Musytabihatun, La Ya'lamuhunna Kasirum Minannas...". Apabila dah ada logo 'Non-Halal', memudahkan umat Islam untuk mengklasifikasikan antara produk yang haram dan yang syubhah. Dan apabila ada logo 'Non-Halal', sama sekali haram umat Islam untuk menggunakan produk tersebut. Jadi memudahkan pembelian umat Islam.
Kita boleh tengok sekarang, ada produk yang banyak digunakan oleh orang Islam padahal produk tersebut tak ada pun logo halal. Jadi, timbul persoalan, boleh ke guna produk ini? Kita juga sering mendapat SMS atau emel tentang produk itu dan ini yang mempunyai benda2 yang haram. So, takkan nak biarkan keadaan berterusan seperti ini? Sesungguhnya Islam dah cukup cantik...
Ini sekadar pandangan yang mungkin membantu atau tidak. Apapun, kita mohon kepada Allah swt dizahirkan segala hak dan batil. Amin...
Sep 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment