Sep 15, 2011

Alhamdulillah, One More Step to UK...

Alhamdulillah wassyukru lillah,

Kita bertemu lagi di alam cyber ini bersama saya, DaieCyber insyaAllah.

Baru-baru ini, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University of Manchester, UK dalam Bachelor of Accounting selama 3 tahun di bawah Scholarship Maxis. Alhamdulillah, syukur tak terkira bila dapat tawaran ni. Memang salah satu impian saya dari dulu lagi.

Sebelum ni, saya dah cuba cari sponsor sejak lepas SPM lagi. JPA, Petronas, Khazanah, UEM dll tapi tak bernasib baik. Agak terkilan sebab impian tak tercapai tapi tak pe lah, saya pun masuk UIA. Lepas habis program setahun di Matrik UIA, saya terbaca ada UK Education Fair dekat dengan USM. Masa tu cuti sebab dah habis matrik, so saya pun pergi la saja nak isi masa lapang. Bila dah ikuti briefing di sana, barulah tahu masih ada harapan untuk ke UK.

Maka saya pun apply untuk kemasukan tahun 2011 sebab dah terlambat nak apply untuk tahun 2010. UK ada satu sistem seakan sistem UPU di Malaysia, namanya UCAS. Kita boleh pilih 5 universiti di UK dan tunggu reply dapat universiti mana. Sementara menunggu reply, saya pun apply scholarship. Masa tu dapat ke interview Sime Darby dan Maxis. Tapi tak bernasib baik sebab semua nak offer letter dari universiti dulu.

Tak pe la, saya pun meneruskan pengajian saya di UIA Gombak selama setahun. Lepas habis semester 2 lebih kurang bulan Mei yang lepas, saya dapat 4 tawaran, Manchester, Lancaster, Southampton dan Liverpool, alhamdulillah. Most yang saya preferred is Lancaster then Manchester. In terms of business school, Lancaster is better than Manchester but in terms of overall ranking Manchester is better. Lepas tu, saya cari lagi sponsor. Masa ni confident sikit sebab dah ada offer letter. Dalam masa terdekat tu, saya dapat ke interview Security Commission (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) tapi tak dapat untuk ke peringkat seterusnya.

Untuk langkah berjaga2, saya ambil short sem sebab takut tak dapat sponsor and saya kena remain dekat UIA. Dalam short sem tu, saya dapat ke interview KWSP dan Maxis. Alhamdulillah, lepas dah habis short sem, dapat panggilan untuk ke final stage untuk dua2 scholarship. Tanggal 1 Ramadhan, saya dapat scholarship Maxis. Masa tu, syukur tak terkira sehingga nak menitiskan air mata. Akhirnya, penantianku selama 2 tahun berhasil juga. Then, a week before Raya pula, saya dapat offer scholarship KWSP tapi saya dah sign contract dengan Maxis so terpaksa tolak. Apapun, janji dapat ke UK, alhamdulillah...


Begitulah ceritanya, wallahua'lam...



No comments:

Post a Comment