Sep 15, 2011

Finally in UK...

Salam perantauan dari bumi UK...

Alhamdulillah pukul 11 pagi semalam waktu sini, saya berjaya menjejakkan kaki saya ke bumi UK. Saya tiba di Manchester Airport dan disambut oleh 2 orang sahabat kenalan Facebook, Budiman dan Kamal. Cuaca tak berapa sejuk sebab sekarang ni border time from summer to fall. Saya pakai baju selapis pun ok. Then, kami pun naik bas ke tempat penginapan saya di City.

Singgah kejap rumah kawan Budiman dan sempat berkenalan dengan beberapa Malaysian di sana. Dan unexpectedly, berjumpa dengan senior saya di KISAS dulu, Asyraf Mohd. Ada seorang lagi senior saya, Aslam tapi tak sampai lagi dari Malaysia sebab balik raya.

Lepas tu, kami pun makan di sebuah restoran halal namanya Jazera. Budiman kata boleh try half chicken with rice. Memang terbaik, nasi banyak, ayam besar, sayur pelbagai, semua ni 4 pound je. Memang berbaloi, boleh kenyang sampai ke malam.


Then, kami pun ke Wright Robinson Hall which is my hostel lebih kurang pukul 4 petang. My hostel is facing Picadilly Railway Station (macam stesen LRT). Lepas dah check-in, kami pun naik ke bilik, ada lif. Bilik dia ok, not bad, sesuai untuk student. Di level saya tu, ada one shared kitchen and two shared bathrooms. Bilik dah sedia kemas, tinggal nak susun barang je.


Saya sempat berkenalan dengan beberapa orang di sini. First sekali, berkenalan dengan Chinese from Kuala Lumpur. Then, sorang from Argentina, China and Taiwan. Dah selesai kemas semua, saya pun tidur keletihan. Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment