Apr 16, 2009

Bank Rakyat - Bank Islamiah

Ana pernah bekerja di Bank Rakyat lepas SPM, gaji tak banyak, RM150 saja tapi ana bersyukur. Yang paling penting sebenarnya, 'the experience'. On the first day, ana mendaftar masuk pukul 8.30 pagi, itu time masuk kerja tapi bank buka pukul 9.00. Seorang staf menyuruh ana untuk duduk di tempat menunggu pelanggan. Ana pun duduklah menunggu. Kemudian, semua staf datang dan duduk bersama ana. Ana ingat semua staf nak meraikan ana rupa-rupanya ada tazkirah sampai pukul 9. Masya-Allah, ana begitu tak sangka bank macam ini pun ada mengadakan majlis ilmu sebelum nak mula bekerja. Ana bersyukur pada Allah kerana masih menempatkan ana dalam biah solehah macam di KI dulu. Bila dah mula kerja, ana tengok staf lain buat kerja sambil dengar zikir, tengok biasa je tapi dengar zikir. Allahurabbi.


Ana bekerja lebih kepada Unit Kredit atau Unit Pembiayaan, jadi kerani. Tugas ana ialah melayan pelanggan yang nak apply personal financing atau pembiayaan peribadi. Banyak experience yang ana dapat termasuk soft skills macam berkomunikasi dengan orang lain. Pada satu hari, ana pernah berhubung dengan orang bisu yang nak apply personal financing. Agak susah sebab kena menulis banyak. Tapi ana sedar bahawa ini adalah tugas ana untuk memudahkan urusan orang lain. Ana juga pernah kena marah oleh customer walaupun bukan salah ana. Tapi sebagai staf bank, kami tak boleh marah customer walau apa sekali pun. Kena banyak bersabar.

Tapi setelah penat bekerja pada siang hari, setelah penat melayan kerenah customer, ada juga masa kami berseronok dan release tension. Kami habis kerja 5.30 petang dan lepas solat asar kami main ping pong. Main kat mana? Kerusi-kerusi yang orang duduk tu kami ubah lepas tu letaklah meja ping pong. Pakai baju apa? Baju kerjalah, tak payah susah nak tukar baju, main dalam air-cond.

Begitulah pengalaman pahit manis di sini. Walaubagaimanapun, ana enjoyed working here.

No comments:

Post a Comment