Dec 28, 2009

Pelayan Hotel 5 Star vs Pelayan Hotel 3 Star


Salam, berjumpa kita lagi...

Baru-baru ini, ana bersama keluarga yang tercinta pergi melawat dua buah hotel. Satu hotel 5 star dan satu lagi hotel 3 star. Inilah keadaannya....

Bila ana pergi hotel 5 star, masuk je hotel, dibuka pintu oleh salah seorang pekerjanya. Kemudian, bila nak check in, orang yang menjaga tu 'welcome' kami dengan penuh mesra. Bila nak ke bilik, diiringi oleh seorang pekerja hotel hingga ke bilik. Bila nak makan, dilayan seperti VIP.

Ini cerita bila ana pergi hotel 3 star pula. Bila dah sampai, semua beg kami kena angkat sendiri, pekerja di situ tengok ja. Bila nak check in, orang yang menjaga bertanya dengan agak kasar, "dah tempah bilik ke belum?", tak mesra langsung. Bila nak hantar ke bilik pun, macam tak semangat ja pekerja yang hantar kami tu. Nak makan pula, sendiri punya pasal lah, tak dilayan seperti tetamu pun.

Mengapa ini berlaku? Sedangkan semua perkara yang ana bezakan itu tadi adalah bentuk PERKHIDMATAN YANG TIDAK PERLU DUIT LANGSUNG. Takkan nak berikan senyuman, beramah mesra, layanan yang baik satu benda yang susah sangat. Ibaratnya, SEMAKIN TINGGI TARAF HOTEL, SEMAKIN TINGGI TARAF LAYANAN. Macam mana orang luar nak respect kita?

Ana pernah ke sebuah hotel biasa di London, duduk semalam ja masa kecik2 dulu. Walaupun pekerja2nya tidak ada uniform yang khusus, tapi perkhidmatan dan layanan LEBIH LAGI DARIPADA HOTEL 5 STAR DI MALAYSIA. Bukan nak merendahkan negara sendiri, tapi kena ambil iktibar.

Kita sering terdengar slogan 'Budi Bahasa Budaya Kita' daripada media massa. Namun ia tidaklah dipraktik secara menyeluruh oleh rakyat Malaysia. Hal ini berlaku kerana budi bahasa itu tidak diikuti dengan akhlak islamiyyah. Jadi ambillah pengajaran daripada apa yang ana kata ni.....moga manfaat bersama. Wallaua'lam.

Dec 17, 2009

Doa Awal Tahun...

Assalamualaikum, salam maal hijrah buat semua sahabat...

Alhamdulillah, Allah masih sempatkan kita dalam tahun baru ini. Di sini, ana nak cakap pasal doa awal tahun, moga2 kita dapat menghayatinya. Ini antara point2 penting dalam doa tersebut:

1. Bersyukur kepada Allah kerana berada di tahun baru.

2. Minta lindung daripada SYAITAN dan sekutunya.

3. Minta lindung daripada NAFSU yang sentiasa suruh buat jahat.

"Ya Allah yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan, Amin..". Wassalam...

Dec 14, 2009

Team Bola Malaysia Perlu Rendah Diri dalam Perlawanan...

Berjumpa lagi...

First of all, tahniah kepada Malaysia kerana berjaya ke final.

Setahu saya, team Malaysia is already well-trained in football. However, mengapa dalam kebanyakan perlawanan Malaysia masih lagi belum dapat menunjukkan pertunjukan yang betul2 memuaskan.

Pada pendapat saya, team Malaysia perlu menerapkan sikap merendah diri dalam perlawanan pada setiap masa, tidak kira ketika leading atau sudah ketinggalan gol. Sebagai sebuah negara beragama rasmikan Islam, pemain Malaysia perlulah menunjukkan sikap yang baik demi menjaga nama baik negara. Mungkin disebabkan sikap ini tidak dititikberatkan, Malaysia banyak kalah dalam perlawanan antarabangsa.

Cuba kita fikirkan kebaikan yang kita dapat daripada sikap ini, pertama - pasukan lawan akan bersangka baik dengan kita, kedua - menunjukkan sikap yang baik terhadap para penonton, ketiga - tidak kira kalah sekalipun para pemain tetap berpuas hati kerana dihormati oleh orang lain, keempat - bila menang para pemain akan begitu berpuas hati kerana berjaya mengalahkan pihak lawan dan berjaya menunjukkan sikap yang baik terhadap semua orang.


Oleh itu, saya berharap team Malaysia akan menambahkan prestasi bukan setakat strategi perlawanan tapi juga sikap yang baik...Majukan Sukan untuk Islam!

Dec 10, 2009

SIDANG DEWAN RAKYAT KE-12 - Should HM Fire Teachers or Teachers Fire HM?

Salam pertemuan, berjumpa kita lagi...

We were shocked by a news that allows SPT's HM to fire teachers. Apart from this, 380000 teachers were upset with this decision.

Adakah relevan HM memecat guru? HM merujuk kepada SORANG saja. Kalau nak pecat guru, dia hanya perlu membuat keputusan sorang diri tanpa meminta persetujuan orang lain kalau dia nak. Di sini boleh berlakunya penyalahgunaan kuasa. Kalau HM tak puas hati dengan seseorang, dengan sesuka hatinya dia boleh pecat serta merta.

Kebanyakan sekolah yang ana tengok, kebanyakan guru tidak puas hati dengan HM. Tapi bila report dekat kementerian, HM tersebut masih ada kat sekolah itu lagi dan menyebabkan guru2 lain makin tak puas hati. Mengapa HM seperti ini tidak disiasat dengan BETUL2 terperinci? Mesti ada alasan mengapa guru2 cukup2 tak puas hati dengan HM tersebut.

In my opinion, guru2 sepatutnya diberikan kuasa untuk hire and fire HM. Guru2 merujuk kepada BANYAK orang. Jadi persetujuan daripada ramai orang akan menjadikan keputusan yang dibuat itu betul2 berhujah. Dan ana pasti ramai guru2 akan setuju dengan kuasa ini, kalau tak percaya, try tanya depa. Jangan tanya sekolah yang HMnya OK.

This is just my opinion, anyone can give opinion...right??

Dec 7, 2009

SIDANG DEWAN RAKYAT KE-12 - The New SPM System...is it Relevant?

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita setelah lama berpisah, biasalah alasan ana, sibuk sangat. Ana nak cakap sikit pasal sistem SPM yang baru.

Kalau tengok berita, mula 2010, hanya maksimum 10 subjek yang akan dikira untuk SPM. Namun begitu, student masih lagi boleh tambah 2 subjek yakni subjek bahasa(arab, cina, tamil) tetapi hanya sekadar untuk mendapat sesuatu kerja seperti latihan perguruan bahasa. Mengapa langkah mengehadkan subjek SPM diambil? Sebabnya untuk memaksimumkan kejayaan student.

Tapi, adakah kesannya? Adakah itu rasional? Cuba kita fikirkan... In my opinion, student lemah bukan kerana banyak subjek tetapi SUBJEK itu sendiri. Itulah main point nya. Cuba kita tanya student, kenapa dia tidak boleh score dalam satu2 subjek.... kebanyakan yang ana tanya mengatakan sebab SUBJEK ITU SUSAH. Andaikata subjek yang student ambil itu mudah baginya, berapa banyak subjek pun, boleh jawab sebab YOU UNDERSTAND THE SUBJECT.



Ini hanyalah pendapat ana, berdasarkan hujah2 yang ana rasa berkesan. Sebarang perselisihan minta jelaskan dekat ana....wallahua'lam.