Dec 28, 2009
Pelayan Hotel 5 Star vs Pelayan Hotel 3 Star
Salam, berjumpa kita lagi...
Baru-baru ini, ana bersama keluarga yang tercinta pergi melawat dua buah hotel. Satu hotel 5 star dan satu lagi hotel 3 star. Inilah keadaannya....
Bila ana pergi hotel 5 star, masuk je hotel, dibuka pintu oleh salah seorang pekerjanya. Kemudian, bila nak check in, orang yang menjaga tu 'welcome' kami dengan penuh mesra. Bila nak ke bilik, diiringi oleh seorang pekerja hotel hingga ke bilik. Bila nak makan, dilayan seperti VIP.
Ini cerita bila ana pergi hotel 3 star pula. Bila dah sampai, semua beg kami kena angkat sendiri, pekerja di situ tengok ja. Bila nak check in, orang yang menjaga bertanya dengan agak kasar, "dah tempah bilik ke belum?", tak mesra langsung. Bila nak hantar ke bilik pun, macam tak semangat ja pekerja yang hantar kami tu. Nak makan pula, sendiri punya pasal lah, tak dilayan seperti tetamu pun.
Mengapa ini berlaku? Sedangkan semua perkara yang ana bezakan itu tadi adalah bentuk PERKHIDMATAN YANG TIDAK PERLU DUIT LANGSUNG. Takkan nak berikan senyuman, beramah mesra, layanan yang baik satu benda yang susah sangat. Ibaratnya, SEMAKIN TINGGI TARAF HOTEL, SEMAKIN TINGGI TARAF LAYANAN. Macam mana orang luar nak respect kita?
Ana pernah ke sebuah hotel biasa di London, duduk semalam ja masa kecik2 dulu. Walaupun pekerja2nya tidak ada uniform yang khusus, tapi perkhidmatan dan layanan LEBIH LAGI DARIPADA HOTEL 5 STAR DI MALAYSIA. Bukan nak merendahkan negara sendiri, tapi kena ambil iktibar.
Kita sering terdengar slogan 'Budi Bahasa Budaya Kita' daripada media massa. Namun ia tidaklah dipraktik secara menyeluruh oleh rakyat Malaysia. Hal ini berlaku kerana budi bahasa itu tidak diikuti dengan akhlak islamiyyah. Jadi ambillah pengajaran daripada apa yang ana kata ni.....moga manfaat bersama. Wallaua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment