Jun 30, 2009
Biah UIA Nilai
UIA nilai ni memang lain daripada yang lain. Sini bukannya campus sebab tak ada pagar. Kami tinggal di rumah kedai. Semuanya ada 4 blok. Bawah sekali semuanya kedai, tingkat 1 sampai tingkat 3, semuanya dorm. Satu kemudahan yang amat berkat di sini, Masjid Putra Nilai sebelah ja. Pasal outing, outing??? Kalau nak kata outing, sini tak ada pagar. Kita kata keluar ja la. Memang pasal nak keluar, keluar ja. Tak payah nak tunjuk kat matrik dekat pak guard, tak payah mintak kebenaran fellow, asalkan niat nak keluar, keluar ja la. Tak kisah nak keluar pukul berapa, ke mana dan balik pukul berapa. Itulah freedom yang ada di bumi UIA Nilai.
Ada banyak lagi nak cerita. Nantilah, insyaallah. Wallahua'lam.
Bertemu Kembali!!!
Sorilah sebab lama tak create post baru. Semenjak duk kat uia nilai ni, sibuk pulak. Hari ni baru ada masa nak check internet. Insyaallah ana akan cuba untuk update selalu. Kepada sahabat-sahabat baru, ana ucapkan AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM, syukran kerana join blog ana.
May 19, 2009
Tajuk Baru...
May 13, 2009
IMPORTANT MESSAGE TO ALL SAHABAT!!
May 9, 2009
Jangan Leka Dengan Solat Jumaat
Pertamanya tentang KHUTBAH. Dalam rukun solat jumaat kena ada dua khutbah. Sebelum bermulanya khutbah, bilal akan membaca hadis Rasulullah yang bermaksud bahawa sia-sialah pahala Jumaat kamu jika kamu bercakap walaupun 'diam' sekalipun. Ini bermakna khutbah pada hari jumaat ini menuntut semua jemaah supaya mendengar dan menghayati dengan teliti tidak kira khatib membaca teks atau khatib berkhutbah. Tak guna datang solat jumaat tetapi tidak mendengar khutbah hingga nabi kata sia-sia saja pahala jumaat kamu kalau kamu bercakap. Islam ialah agama yang mulia hingga mewajibkan umatnya supaya mendengar majlis ilmu kurang-kurang seminggu sekali.
Keduanya pula ialah KEDATANGAN KITA KE MASJID. Kita digalakkan dengan sesungguhnya untuk datang awal ke masjid terutamanya untuk solat jumaat. Terdapat perbezaan darjat pahala bergantung kepada masa kita datang ke masjid. Contohnya, bagi siapa yang datang awal, pahalanya ibarat korbankan seekor lembu, kemudian kambing dll. hinggalah kepada telur burung puyuh, itupun dah last-last minute. Malaikat akan menunggu di pintu-pintu masjid untuk mencatat nama yang menghadiri solat jumaat. Namun, apabila khatib telah naik ke atas mimbar, para malaikat tadi akan menutup buku kedatangan itu dan mendengar khutbah. Maknanya, nama orang yang datang selepas khatib naik ke atas mimbar tiada dalam senarai, orang putih kata 'not in the list'.Di akhirat nanti, orang-orang itu tadi akan hairan kerana melihat bahawa dia langsung tidak menghadiri solat jumaat, "Aik, pasai apa aku tak mai solat jumaat langsung ni? Padahai mai selalu, tak pernah miss pun!". Sedangkan orang-orang itu tadi datang lambat ke masjid kerana melakukan perkara yang tiada faedahnya. Melainkan kalau urusan kerja, lainlah. Tapi kalau saja-saja datang lambat, tengok tv, duduk atas kerusi saja dan lain-lain, bukan boleh jadi alasan. Sedangkan bila lagi nak datang ke masjid kalau bukan hari jumaat. Pergi pun bukannya duduk dari Subuh sampai Isyak, waktu Zohor ja, tak sampai 3 jam. Jadi orang-orang macam ini pahala telur apa pun tak dak.
Jadi, harap kita dapat ambil iktibar daripada perbincangan itu tadi. Islam itu sudahpun sempurna cuma kita perlu ikut saja. Wallahua'lam.
May 3, 2009
UIA - Foundation EMS
Alhamdulillah, ana dapat tawaran UIA foundation Economic & Management Science (EMS). Ana kena buat dekat Nilai sebab one of Art Courses. Kalau Science courses kena buat dekat Petaling Jaya. Tapi tak tau lagi nak pergi ka tak, tengah tunggu jawapan JPA dan PETRONAS.
Matrik Belakang Rumah
Apr 28, 2009
Bila Izrail Datang...
Mati adalah satu perkara yang kita tak boleh nak tentukan dalam kehidupan kita. Hatta seorang doktor berpangkat pHD ka, master ka, advance ka, professional ka, seorang pun x boleh nak tentukan "you will die on this day". Ana terbaca keratan akhbar Utusan muka depan minggu lepas, "Isteri Ditembak Suami Masih Hidup". Disebabkan isteri tidak membuat apa yang suaminya suruh, suaminya mengambil pistol lalu menembak tepat ke arah kepala.
Tapi dengan biiznillah, perempuan itu tidak mati dan tidak pula cedera parah. Masih boleh berdiri, berjalan, tak rasa pening-pening pun. Apabila polis datang menyiasat kes ini, perempuan tadi boleh lagi membuat air untuk pihak polis. Seorang penyiasat kata, "She was supposed to die just now because the bullet was already in her skull,". Tapi, hakikatnya dia tak mati pun. Masih hidup sebagai manusia yang biasa dan tiada kecacatan. Itulah kebesaran Allah s.w.t, Tuhan yang 'Yuhyi wa Yumit', Yang Menghidupkan dan Mematikan.
Kalau kita tengok di Palestin, semasa berperang, ada yang ditembak dalam jarak yang jauh dan syahid fi sabilillah. Bukan depan mata tapi dari udara. Namun perempuan tadi tak mati walau ditembak di depan mata dan tepat pada kepalanya. Ini semua ketentuan Allah yang Maha Mengetahui segalanya.
Ada hadis mengatakan bahawa sesiapa yang mengucapkan 'La Ilaha Illallah' sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, maka wajib syurga baginya. Namun begitu, tak semestinya orang yang tak dapat sebut kalimah itu tak dapat masuk syurga, contohnya mujahidin di Palestin. Mereka tak sempat sebut 'La Ilaha Illallah' kerana ditembak oleh tentera yahudi namun mereka mati syahid.
Itulah sedikit renungan bersama yang boleh kita hayati supaya kita sentiasa mengingati mati. Ingatlah, MATI TIDAK MENGENAL USIA DAN KETURUNAN SESEORANG. Wallahua'lam.
Apr 27, 2009
Bacaan Tahiyat Akhir
Merujuk kepada kitab Minhajissalam, 'at-tahiyat' bermaksud pembesaran atau penghormatan, 'al-mubarakat' bermakna kebajikan yang bertambah-tambah, 'as-solawat' yakni solat lima waktu dan 'at-toyyibat' iaitu amal-amal yang soleh. Dalam bacaan kita, "attahiyyatul mubarakatus solawatut toyibat lillah". Jadi maknanya segala pembesaran/penghormatan, kebajikan yang bertambah, solat fardhu lima waktu dan segala amal soleh untuk siapa? LILLAH, untuk ALLAH.Kemudian, "assalamualaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakutuh", sejahteralah kamu wahai nabi (Muhammad s.a.w). Kalau kita tengok balik, mengapa kita kata 'assalamualaika'? 'Ka' ini bermaksud kamu iaitu kena ada dua orang saling bercakap, kalau tak, mana boleh guna 'ka'. Tapi, hakikatnya kita baca seorang diri. Maknanya, kita kena anggap nabi kita iaitu Nabi Muhammad sedang berada di depan kita.
Kemudian, kita mengucapkan kalimah syahadah. Semasa kita mengangkat jari, seeloknya kita tengok jari kita itu. Satu jari itu menunjukkan Allah Yang Satu, Allah Yang Esa. Itulah bacaan tahiyat akhir yang perlu kita faham betul-betul supaya lahir khusyuk dalam solat kita. Wallahua'lam.
Apr 18, 2009
Jangan Malu Cari Ilmu
Namun, hari ini, amat kurang orang pergi mengaji. Salah satu sebab yang ana rasa tak boleh diterima akal yakni sebab POLITIK. "Alamak, ustaz yang bagi kuliah tu orang *** lah, aku orang ****. Tak boleh pi lah,". Inilah masalah orang Islam zaman la ni khususnya di negara Malaysia yang selamat, aman dan makmur ini. Nak cari ilmu pun, tengok orang, tengok politik, APALAH?? Kalau sungguh nak ilmu, tak kisah lah dia tu cacat ka, miskin ka, kaya ka, kita akan sanggup pi dengar sebab apa yang kita nak adalah ILMU.
Ramai yang mengatakan Baitul Qura' yang terletak di Melaka adalah sebuah pusat politik, sedangkan ia adalah pusat ilmu di mana tempat pembelajaran kitab-kitab agama yang juga merupakan ilmu-ilmu Allah. Ramai pelajar yang pergi ke situ pada waktu cuti persekolahan untuk mempelajari ilmu, bukan untuk berpolitik.
Ingatlah wahai umat Islam, bukan ana nak cakap pasal politik, tetapi inilah hakikat yang berlaku sehingga menyebabkan ramai orang ISLAM yang tiada ilmu agama atau ilmu Al-Quran yang secukupnya, sedangkan ilmu-ilmu ini yang akan menyelamatkan kita daripada ujian dunia dan azab api neraka. Ingat, DUNIA HANYA SEMENTARA, AKHIRAT KEKAL SELAMANYA. Wallahua'lam.