Jun 30, 2010

Sayang Tak Mak Ayah??

Salam satu ummah,

Berjumpa lagi kita di dunia yang sementara ini. Satu soalan ana nak tanya, sayang tak mak ayah? InsyaAllah, kita semua mesti sayang mak ayah kita kan. Kali ini, ana nak bincangkan cara yang betul untuk sayang mak ayah kita.

Allah s.w.t berfirman yang mafhumnya berbuat baiklah kamu kepada ibu bapa. Kebanyakan daripada kita ramai yang menghormati dan taat akan mak ayah. Bila mak ayah minta tolong kita tolong, bila nak cakap dengan mak ayah kita cakap dengan bersopan, bila nak berpisah dari mak ayah kita salam mak ayah dan macam2 lagi kita berbuat baik kepada mak ayah.

Namun begitu, jangan kita lupa akan satu lagi seruan Allah. Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman yang mafhumnya jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka. Intisari daripada ayat ini ialah kita kena memelihara diri kita dan keluarga kita daripada jauh dengan Allah s.w.t. Perkara ini yang ramai daripada kita terlepas pandang iaitu berdakwah kepada mak ayah kita sendiri.

Sepatutnya, kita sebagai anak yang soleh mestilah mengajak mak ayah kita juga untuk melakukan amalan2 maaruf seperti solat di masjid, bersedekah dll. Selain itu, kalau mak ayah buat salah, kita kena tegur mereka agar kita semua tidak mendapat dosa. Inilah kasih sayang yang sebenarnya terhadap mak ayah kita. Tidak semestinya kita manja dengan mak ayah, kita simpan gambar mereka dalam dompet, kita tak putus2 telefon mereka menunjukkan kita sayang betul2 dekat mereka. Kasih sayang kita terhadap mak ayah mesti lebih lagi daripada itu.

Oleh itu, wahai sahabatku, sayangilah mak ayah anda sepertimana anda memelihara diri anda daripada azab yang pedih. Kita juga kena bersyukur kerana dikurniakan mak ayah yang mengambil berat akan kita...


Wassalam...

Jun 18, 2010

To Eiffel Tower...continues

Kami balik dalam pukul 3pm. Lepas tu, saya pergi ke sebuah kedai kebab yang halal. Nama kedai tu New Delices.


Saya order 2 kebab ayam. Pastu, dia tanya saya dalam bahasa France, memang tak faham. Saya pun tanya, "Can you speak English?", mamat tu pun dah blur. Nasib baik ada seorang lelaki yang tengah tunggu kebab dia boleh cakap english, so dia pun tolong translate untuk saya. Rupanya, dia tanya nak sos apa, spicy ke tak. Saya pun minta yang spicy.

Mamat tadi yang blur tu pun minta lelaki tadi tolong tanya dekat saya, dia tanya saya dari mana. Pastu, saya habaklah dari Malaysia. Mamat tadi pun tanya, "Muslim??", saya pun kata, "Alhamdulillah...". Dia tanya lagi, "Hal tatakallam billughatil 'arabiyah?", saya pun kata, "Alhamdulillah...(sambil menunjukkan isyarat tangan sikit2),". Lepas tu, kami berdua bersembang lah sikit2 dalam bahasa Arab. Saya bukannya fluent sangat tapi mamat tu bolehlah faham. Lelaki tadi yang jadi translator untuk kami dah belah sebab tengok kami sembang dua orang...haha.

Mamat tu tanya saya dari mana, duduk mana, datang Paris sebab apa dll. Dia dari Tunisia, dah lama dah duduk sini. Kami sembang tak lama, bila dah siap kebab, saya pun bagi salam dan balik.

To Eiffel Tower...

Salam...

Hari ni kami semua melawat kemuncak Paris iaitu Eiffel Tower, memang tak sahlah pergi Paris kalau tak pi Eiffel. Kami bertolak dalam pukul 12pm. Berjalan ke stesen train dan menaiki train direct ke stesen berdekatan Eiffel Tower. Sampai2 je, dah ada orang jual keychain Eiffel Tower, 5 for 1 euro, terkejut jugak. Memang murah daripada kedai lain. Kedai lain satu keychain harga dia daripada 1 euro ke 3 euro. So, kalau nak beli souvenir paris macam keychain, replika, scarf dll., better beli dekat Eiffel Tower, lagi murah.

Lepas dah jalan sikit, maka nampaklah Eiffel Tower. Subhanallah, memang besar dan tinggi, berada betul2 depan Eiffel. Memang ramai orang, packed. Kita boleh naik ke atas Eiffel dengan menaiki kren tapi kena bayarlah, satu orang dalam lingkungan 15 euro. Kami tak naik kren tu sebab line yang tengah queue nak beli tiket berjela-jela panjangnya. Masa tu, ramai orang yang datang dekat kita nak promote souvenirs. Most of the them semuanya orang India dan Afrika.


Sini mudah untuk tawar menawar. Satu replika Eiffel asalnya berharga 16 euro, tapi lepas berdebat dengan mengeluarkan hujah yang bernas, replika tu boleh turun sampai 8 euro saja. Scarf pulak asalnya 5 euro tapi boleh dapat 1.50 euro. So, kalau nak beli souvenir, baik beli kat sini dan mesti kena ada skill dalam tawar menawar. Sini pun adalah port untuk orang minta sedekah. Ramai jugak yang menunjukkan muka simpati meminta sedekah.

Kami beli beberapa keychain, replika dan scarf daripada seorang penjual dekat situ. Lepas tu, kami tanya dia dari mana. Dia kata dia dari Senegal. Kami tanya lagi, "You're Muslim?", dia kata "Alhamdulillah,". Tau2 je yang kami pun Muslim, dia tambah lagi keychain bagi dekat kami, free ja.

To Musee Grevin...

Salam...

Esoknya iaitu hari Khamis, kami bercadang nak pergi ke antara Muzium yang terkenal di France iaitu Museum Grevin. Di Museum ni yang ada semua patung orang2 penting dan celebrities yang dibuat daripada lilin. Ayah tak pergi sebab ada kerja di Loreal, dekat ja dengan appartment. So, kami 5 orang bertolak dalam pukul 11 pagi dan sampai di Museum Grevin sejam lepas tu, naik train.

Tiket untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak2 (6-14 tahun) ialah 54 euro, agak berbaloi. Kanak2 bawah 5 tahun free. Mula2 masuk, depa tunjuk show suasana dalam istana, hutan dll. Sebenarnya, kami hanya tengok cermin, tapi nampak macam berada betul2 dalam suasana tu. Best lah jugak. Lepas dah habis tengok show tu, barulah boleh tengok patung2 tu. Ada Elton John, Ray Charles, Obama, MJ, Pele, Jackie Chan dan ramai lagi. Muka depa memang seolah-olah real, kedut muka, bintik2 muka, kerut muka dll. Apa lagi, ambik gambaq lah...



To Parc Disneyland...continues

Bila dah balik ke appartment, dah siap2 mandi dan solat, kami tengok TV. Ada enam channel tapi semua dalam bahasa France, tiada kompromi untuk bahasa lain. Filem2 orang putih ada tapi semua dah ditranslate ke bahasa France. Fifa World Cup pun semua translate bahasa depa. Orang2 kat sini agak taksub dengan bahasa depa dan depa agak boikot bahasa English.

Kalau naik lif dekat Malaysia, kalau tingkat bawah tanah selalunya tulis G atau LG. Sini, tak guna macam tu tapi guna nombor negatif. Punya tak maunya depa kepada bahasa english.

Jun 17, 2010

To Parc Disneyland...

Salam kesinambungan...

Pada esoknya iaitu hari Rabu, kami merancang untuk ke Disneyland. Untuk mengelakkan daripada sesat, saya pergi dekat Tourism Office berdekatan untuk bertanya tentang cara ke sana. Selepas dibriefing, kami kena naik 3 train untuk ke Disneyland. Dalam perjalanan, saya dapat kenalpasti beberapa perkara. Pertama, ramai jugak orang sini hisap rokok, lelaki dan perempuan. Kedua, ramai orang kat sini suka dengar gadget2 Apple seperti iPod, iPad, iPhone dll. Produk Apple memang digunakan secara meluas di sini. Kalau notebook pun, ramai kat sini guna notebook Apple.

Semasa dalam train, kalau tempat duduk dah penuh, salah seorang daripada depa akan memberikan tempat duduk dia dekat kami sebab kami ada Shaheerah (adik perempuan saya 6 tahun). Walaupun orang tu nampak macam samseng Kg. Dusun (macam Sharif Dol pulak), etika dalam train tetap depa jaga. Depa ni bukannya tak friendly macam saya kata sebelum ni, cuma ramai tak reti cakap English. Depa memang tak suka bahasa English dan depa betul2 memperkasakan dan berbangga dengan bahasa Perancis depa.

Ok, berbalik kepada main topic. Kami tiba di Disneyland dalam pukul 10.30am. Bila nak masuk, kena screening barang2 yang kita bawak. Pastu, disebabkan dah mula lapar, kami pun makan bekalan yang kami bawak. Makan apa? Nasi lah, mak saya masak dekat appartment. Masak dengan apa? Bawak rice cooker dari penang...jangan terkejut pulak. Lauk apa? Sardin ja. Spaghetti pun mak buat jugak tapi letak perencah bihun, sedap jugak.

Lepas perut dah kembung, kami pun bergerak ke main entrance untuk beli tiket. Di sana, ada dua park, satu Park Disneyland and satu lagi Walt Disney Studio. Kita boleh beli tiket untuk ke satu park sahaja atau kedua-duanya sekali. Nak jadi rezeki, ada orang sana yang offer nak bagi discount price kat kami. Daripada 67 euro harga asal untuk seorang untuk ke satu park, kami kena bayar 45 euro sahaja seorang untuk dua park. Alhamdulillah.


Kami pun masuk ke Park Disneyland dulu, banyak bangunan ada kat situ. Setiap bangunan tu mewakili setiap watak Disney macam Woody, Buzz Lightyear, Mickey Mouse, Peter Pan dll. Kemudian, ada satu train tu datang masuk ke park tu. Dalam train tu, ada hampir semua watak Disney, Mickey Mouse, Lilo and Stitch, The Incredible dll. Dalam pukul 12pm, ada satu show oleh semua watak Disney. Kami round2 je dekat park tu, tu pun dah ambil berapa jam dah.


Dalam pukul 4pm, kami ke Walt Disney Studio pulak. Dekat situ, kami dapat tahu sejarah kartun2 Disney, macam mana dapat idea nak buat kartun, macam mana nak lukis dll. Pastu, kami ikut satu tour yang dinamakan Tram Tour. Tour ni menunjukkan suasana nak buat macam situasi seperti hujan, keluar api, gempa bumi, ribut taufan dll, memang macam real dan best jugak. Dalam pukul 5pm, kami pulang ke appartment sebab dah letih.



My First Time to Paris...

Salam dari Bandar Clichy Paris...

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Paris pada hari selasa 15/6/2010 pukul 7.30am waktu Paris (1.30am waktu tempatan). Kami ke sini sebab USM menang Loreal Business Plan Competition dan mara ke international level di Paris. Ayah jadi couch, so kami pun pi sekali.


Setibanya di Aeroport de Paris (Paris Airport) dan selepas mengambil bagasi, kami ke Terminal 3 untuk mendapatkan sebuah train yang menuju ke tempat tinggal kami. Dengan berpandukan peta yang kami pun kurang faham, kami pun mula bergerak dengan semangat berjuang memikul 5 beg besaq2, memang berat. Train di sana tak daklah lawa sangat, mcm KTM jugak tapi memang on-time, memang tak terlewat walau sesaat pun.

Bila dah sampai di salah satu station, kami pun blur sebab tak tau nak pi mana dah lepas ni. Kami pun mula bertanya dengan orang2 di sini tapi depa ni bukannya tak friendly, tapi ramai tak reti cakap english, sehinggakan kena guna bahasa isyarat. Tapi akhirnya, ada seorang wanita di sana yang boleh cakap english sikit2 membantu kami. Tapi, kami pun tak berapa faham sebab dia pun dah blur dengan peta yang kami ada. Sehinggalah satu masa, tibanya seorang lelaki tua membantu kami. English kawan ni OK sikit, mudah difahami. Namanya Eric, seorang guru bahasa Perancis.


Eric pun bagitau kami apa yang kami kena buat, bukan setakat bagitau kami, Eric siap bawak kami terus ke stesen train yang kami patut naik. Dia memang very friendly and helpful. Selepas itu, kami pun mengucapkan jutaan ribuan ratusan puluhan terima kasih dekat dia sebab membantu kami. Kami pun naik train yang sepatutnya.

Akhirnya, kami tiba di tempat yang patut kami sampai tapi kami hanya boleh check in pukul 3pm. Masa tu baru pukul 1pm, so kami pun decide nak makan, memang lapar sebab perut mudah lapar bila duduk tempat sejuk. Kami pun mencari-cari restoran yang halal. Malu bertanya sesat jalan, malu bertanya perut kosong. Maka kami pun bertanya pada seorang wanita bertudung yang lalu dekat2 situ sebab nak tanya restoran yang halal. Rupa-rupanya ada satu restoran halal betul2 tepi kami, kami yang tak perasan sebab sign 'Halal' dekat restoran tu kecik sangat.

Maka, kami pun mengorder 6 kebab daging kambing berharga 5 euro setiap satu. Memang banyak dan sedap, kenyang sungguh. Lepas kenyang, memang ngantuk. Saya pun lena dalam kedai tu, menunggu saatnya tiga petang, "pukul tiga pagi (lagu p.ramlee)". Akhirnya, tiba saat yang ku tunggu2 iaitu check in tempat kami tinggal. Kami tinggal di sebuah appartment, namanya Appart City, ini antara yang termurah di Clichy, tapi bilik dia orait. Lepas angkat beg dan menunaikan solat fardhu, kami pun lena keletihan berjalan dan bersesat seharian.


Nak tau apa jadi esoknya, tunggu cerita seterusnya, jeng3!!!