Jun 18, 2010

To Musee Grevin...

Salam...

Esoknya iaitu hari Khamis, kami bercadang nak pergi ke antara Muzium yang terkenal di France iaitu Museum Grevin. Di Museum ni yang ada semua patung orang2 penting dan celebrities yang dibuat daripada lilin. Ayah tak pergi sebab ada kerja di Loreal, dekat ja dengan appartment. So, kami 5 orang bertolak dalam pukul 11 pagi dan sampai di Museum Grevin sejam lepas tu, naik train.

Tiket untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak2 (6-14 tahun) ialah 54 euro, agak berbaloi. Kanak2 bawah 5 tahun free. Mula2 masuk, depa tunjuk show suasana dalam istana, hutan dll. Sebenarnya, kami hanya tengok cermin, tapi nampak macam berada betul2 dalam suasana tu. Best lah jugak. Lepas dah habis tengok show tu, barulah boleh tengok patung2 tu. Ada Elton John, Ray Charles, Obama, MJ, Pele, Jackie Chan dan ramai lagi. Muka depa memang seolah-olah real, kedut muka, bintik2 muka, kerut muka dll. Apa lagi, ambik gambaq lah...



No comments:

Post a Comment