Jun 17, 2010

To Parc Disneyland...

Salam kesinambungan...

Pada esoknya iaitu hari Rabu, kami merancang untuk ke Disneyland. Untuk mengelakkan daripada sesat, saya pergi dekat Tourism Office berdekatan untuk bertanya tentang cara ke sana. Selepas dibriefing, kami kena naik 3 train untuk ke Disneyland. Dalam perjalanan, saya dapat kenalpasti beberapa perkara. Pertama, ramai jugak orang sini hisap rokok, lelaki dan perempuan. Kedua, ramai orang kat sini suka dengar gadget2 Apple seperti iPod, iPad, iPhone dll. Produk Apple memang digunakan secara meluas di sini. Kalau notebook pun, ramai kat sini guna notebook Apple.

Semasa dalam train, kalau tempat duduk dah penuh, salah seorang daripada depa akan memberikan tempat duduk dia dekat kami sebab kami ada Shaheerah (adik perempuan saya 6 tahun). Walaupun orang tu nampak macam samseng Kg. Dusun (macam Sharif Dol pulak), etika dalam train tetap depa jaga. Depa ni bukannya tak friendly macam saya kata sebelum ni, cuma ramai tak reti cakap English. Depa memang tak suka bahasa English dan depa betul2 memperkasakan dan berbangga dengan bahasa Perancis depa.

Ok, berbalik kepada main topic. Kami tiba di Disneyland dalam pukul 10.30am. Bila nak masuk, kena screening barang2 yang kita bawak. Pastu, disebabkan dah mula lapar, kami pun makan bekalan yang kami bawak. Makan apa? Nasi lah, mak saya masak dekat appartment. Masak dengan apa? Bawak rice cooker dari penang...jangan terkejut pulak. Lauk apa? Sardin ja. Spaghetti pun mak buat jugak tapi letak perencah bihun, sedap jugak.

Lepas perut dah kembung, kami pun bergerak ke main entrance untuk beli tiket. Di sana, ada dua park, satu Park Disneyland and satu lagi Walt Disney Studio. Kita boleh beli tiket untuk ke satu park sahaja atau kedua-duanya sekali. Nak jadi rezeki, ada orang sana yang offer nak bagi discount price kat kami. Daripada 67 euro harga asal untuk seorang untuk ke satu park, kami kena bayar 45 euro sahaja seorang untuk dua park. Alhamdulillah.


Kami pun masuk ke Park Disneyland dulu, banyak bangunan ada kat situ. Setiap bangunan tu mewakili setiap watak Disney macam Woody, Buzz Lightyear, Mickey Mouse, Peter Pan dll. Kemudian, ada satu train tu datang masuk ke park tu. Dalam train tu, ada hampir semua watak Disney, Mickey Mouse, Lilo and Stitch, The Incredible dll. Dalam pukul 12pm, ada satu show oleh semua watak Disney. Kami round2 je dekat park tu, tu pun dah ambil berapa jam dah.


Dalam pukul 4pm, kami ke Walt Disney Studio pulak. Dekat situ, kami dapat tahu sejarah kartun2 Disney, macam mana dapat idea nak buat kartun, macam mana nak lukis dll. Pastu, kami ikut satu tour yang dinamakan Tram Tour. Tour ni menunjukkan suasana nak buat macam situasi seperti hujan, keluar api, gempa bumi, ribut taufan dll, memang macam real dan best jugak. Dalam pukul 5pm, kami pulang ke appartment sebab dah letih.



No comments:

Post a Comment