Salam dari Bandar Clichy Paris...
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Paris pada hari selasa 15/6/2010 pukul 7.30am waktu Paris (1.30am waktu tempatan). Kami ke sini sebab USM menang Loreal Business Plan Competition dan mara ke international level di Paris. Ayah jadi couch, so kami pun pi sekali.
Setibanya di Aeroport de Paris (Paris Airport) dan selepas mengambil bagasi, kami ke Terminal 3 untuk mendapatkan sebuah train yang menuju ke tempat tinggal kami. Dengan berpandukan peta yang kami pun kurang faham, kami pun mula bergerak dengan semangat berjuang memikul 5 beg besaq2, memang berat. Train di sana tak daklah lawa sangat, mcm KTM jugak tapi memang on-time, memang tak terlewat walau sesaat pun.
Bila dah sampai di salah satu station, kami pun blur sebab tak tau nak pi mana dah lepas ni. Kami pun mula bertanya dengan orang2 di sini tapi depa ni bukannya tak friendly, tapi ramai tak reti cakap english, sehinggakan kena guna bahasa isyarat. Tapi akhirnya, ada seorang wanita di sana yang boleh cakap english sikit2 membantu kami. Tapi, kami pun tak berapa faham sebab dia pun dah blur dengan peta yang kami ada. Sehinggalah satu masa, tibanya seorang lelaki tua membantu kami. English kawan ni OK sikit, mudah difahami. Namanya Eric, seorang guru bahasa Perancis.
Eric pun bagitau kami apa yang kami kena buat, bukan setakat bagitau kami, Eric siap bawak kami terus ke stesen train yang kami patut naik. Dia memang very friendly and helpful. Selepas itu, kami pun mengucapkan jutaan ribuan ratusan puluhan terima kasih dekat dia sebab membantu kami. Kami pun naik train yang sepatutnya.
Akhirnya, kami tiba di tempat yang patut kami sampai tapi kami hanya boleh check in pukul 3pm. Masa tu baru pukul 1pm, so kami pun decide nak makan, memang lapar sebab perut mudah lapar bila duduk tempat sejuk. Kami pun mencari-cari restoran yang halal. Malu bertanya sesat jalan, malu bertanya perut kosong. Maka kami pun bertanya pada seorang wanita bertudung yang lalu dekat2 situ sebab nak tanya restoran yang halal. Rupa-rupanya ada satu restoran halal betul2 tepi kami, kami yang tak perasan sebab sign 'Halal' dekat restoran tu kecik sangat.
Maka, kami pun mengorder 6 kebab daging kambing berharga 5 euro setiap satu. Memang banyak dan sedap, kenyang sungguh. Lepas kenyang, memang ngantuk. Saya pun lena dalam kedai tu, menunggu saatnya tiga petang, "pukul tiga pagi (lagu p.ramlee)". Akhirnya, tiba saat yang ku tunggu2 iaitu check in tempat kami tinggal. Kami tinggal di sebuah appartment, namanya Appart City, ini antara yang termurah di Clichy, tapi bilik dia orait. Lepas angkat beg dan menunaikan solat fardhu, kami pun lena keletihan berjalan dan bersesat seharian.
Nak tau apa jadi esoknya, tunggu cerita seterusnya, jeng3!!!
Jun 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment