Salam...
Hari ni kami semua melawat kemuncak Paris iaitu Eiffel Tower, memang tak sahlah pergi Paris kalau tak pi Eiffel. Kami bertolak dalam pukul 12pm. Berjalan ke stesen train dan menaiki train direct ke stesen berdekatan Eiffel Tower. Sampai2 je, dah ada orang jual keychain Eiffel Tower, 5 for 1 euro, terkejut jugak. Memang murah daripada kedai lain. Kedai lain satu keychain harga dia daripada 1 euro ke 3 euro. So, kalau nak beli souvenir paris macam keychain, replika, scarf dll., better beli dekat Eiffel Tower, lagi murah.
Lepas dah jalan sikit, maka nampaklah Eiffel Tower. Subhanallah, memang besar dan tinggi, berada betul2 depan Eiffel. Memang ramai orang, packed. Kita boleh naik ke atas Eiffel dengan menaiki kren tapi kena bayarlah, satu orang dalam lingkungan 15 euro. Kami tak naik kren tu sebab line yang tengah queue nak beli tiket berjela-jela panjangnya. Masa tu, ramai orang yang datang dekat kita nak promote souvenirs. Most of the them semuanya orang India dan Afrika.
Sini mudah untuk tawar menawar. Satu replika Eiffel asalnya berharga 16 euro, tapi lepas berdebat dengan mengeluarkan hujah yang bernas, replika tu boleh turun sampai 8 euro saja. Scarf pulak asalnya 5 euro tapi boleh dapat 1.50 euro. So, kalau nak beli souvenir, baik beli kat sini dan mesti kena ada skill dalam tawar menawar. Sini pun adalah port untuk orang minta sedekah. Ramai jugak yang menunjukkan muka simpati meminta sedekah.
Kami beli beberapa keychain, replika dan scarf daripada seorang penjual dekat situ. Lepas tu, kami tanya dia dari mana. Dia kata dia dari Senegal. Kami tanya lagi, "You're Muslim?", dia kata "Alhamdulillah,". Tau2 je yang kami pun Muslim, dia tambah lagi keychain bagi dekat kami, free ja.
Jun 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terrrrrrrbaekkkkK!!!!
ReplyDelete-naim-