Jun 30, 2010

Sayang Tak Mak Ayah??

Salam satu ummah,

Berjumpa lagi kita di dunia yang sementara ini. Satu soalan ana nak tanya, sayang tak mak ayah? InsyaAllah, kita semua mesti sayang mak ayah kita kan. Kali ini, ana nak bincangkan cara yang betul untuk sayang mak ayah kita.

Allah s.w.t berfirman yang mafhumnya berbuat baiklah kamu kepada ibu bapa. Kebanyakan daripada kita ramai yang menghormati dan taat akan mak ayah. Bila mak ayah minta tolong kita tolong, bila nak cakap dengan mak ayah kita cakap dengan bersopan, bila nak berpisah dari mak ayah kita salam mak ayah dan macam2 lagi kita berbuat baik kepada mak ayah.

Namun begitu, jangan kita lupa akan satu lagi seruan Allah. Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman yang mafhumnya jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka. Intisari daripada ayat ini ialah kita kena memelihara diri kita dan keluarga kita daripada jauh dengan Allah s.w.t. Perkara ini yang ramai daripada kita terlepas pandang iaitu berdakwah kepada mak ayah kita sendiri.

Sepatutnya, kita sebagai anak yang soleh mestilah mengajak mak ayah kita juga untuk melakukan amalan2 maaruf seperti solat di masjid, bersedekah dll. Selain itu, kalau mak ayah buat salah, kita kena tegur mereka agar kita semua tidak mendapat dosa. Inilah kasih sayang yang sebenarnya terhadap mak ayah kita. Tidak semestinya kita manja dengan mak ayah, kita simpan gambar mereka dalam dompet, kita tak putus2 telefon mereka menunjukkan kita sayang betul2 dekat mereka. Kasih sayang kita terhadap mak ayah mesti lebih lagi daripada itu.

Oleh itu, wahai sahabatku, sayangilah mak ayah anda sepertimana anda memelihara diri anda daripada azab yang pedih. Kita juga kena bersyukur kerana dikurniakan mak ayah yang mengambil berat akan kita...


Wassalam...

1 comment:

  1. salam
    betul ke makayah ada hak terhadap darah kita?(anak2)
    nk btanya ustaz belghit sbnarnya lpas psentation diorg pasal baby dumping tu.kan ada diorg state hadith bkenaan(haram) mngambil nyawa sseorg. mcmmana dgn apa yg biasa trjadi d jordan dulu? d mana dsebabkn amalan mbuat ujian dara trhadap bakal isteri oleh pihak kluaga llki,ramai wanita yg dibunuh ahli kluaga sndiri krn malu stelah pihak llki mbatalkn pkahwinan pabila disahkn tdk suci lg

    ReplyDelete